Skip to main content

Sukan

Ini dia Miraitowa dan Someity maskot rasmi Olimpik Tokyo 2020

Maskot dipilih sendiri oleh murid-murid dari 16,000 buah sekolah rendah di merata Jepun

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jul 2018 11:11PM Dikemas Kini : 22 Jul 2018 11:20PM

TOKYO: Jepun mendedahkan maskot rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang dinamakan Miraitowa dan Someity.

Miraitowa menampilkan corak berpetak-petak biru diilihamkan daripada logo rasmi Sukan Olimpik.Ia melambangkan "kedua-dua tradisi lama serta inovasi baru".

Someity pula, maskot bagi sukan Paralimpik, diilhamkan daripada bunga sakura. Wataknya disifatkan sebagai "selalunya tenang" tetapi boleh menjadi "sangat kuat jika perlu".

Sekitar 2,000 rekaan diterima.
Pemenangnya dipilih sendiri oleh murid-murid dari 16,000 buah sekolah rendah di merata Jepun.

Maskot-maskot tersebut dijangka dapat menjana pendapatan AS$130 juta (S$177 juta) daripada hak perlesenan dan penjualan barang-barang.  

Sumber : CNA/NT/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita