Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ini 5 perkara tentang juara badminton dunia Loh Kean Yew

Anggaran Waktu Membaca:
Ini 5 perkara tentang juara badminton dunia Loh Kean Yew

(Photo: AP/Manu Fernandez)

Diterbitkan : 20 Dec 2021 06:19PM Dikemas Kini : 20 Dec 2021 08:01PM

SINGAPURA: Pemain badminton tempatan Loh Kean Yew mencatat sejarah pada Ahad (19 Dis) selepas menjadi warga Singapura pertama memenangi gelaran Kejohanan Dunia BWF.

Pemain nombor 22 dunia itu menumpaskan pemain India Srikanth Kidambi 21-15, 22-20 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di Huelva, Sepanyol, untuk menjuarai dan menewaskan beberapa nama besar untuk meraih kemenangannya itu.

Ini apa yang anda perlu tahu tentang Loh Kean Yew:

1. TUNDUKKAN NAMA-NAMA BESAR

Loh membuktikan kehandalannya selepas menumpaskan permain hebat, Lin Dan, dalam acara Terbuka Thailand pada tahun 2019. Selepas itu beliau terus-meneruskkan menundukkan lawannya yang terdiri daripada nama-nama besar dalam perlawanan badminton.

Dalam tempoh dua bulan lalu, beliau berjaya menewaskan juara satu dunia, Axelsen (World Championships), juara dunia kedua, Kento Momota (Indonesia Open), juara dunia ketiga Anders Antonsen (World Championships) dan juara dunia keempat, Chou Tien Chen (Hylo Open).

Selain kelima-lima juara dunia itu, beliau juga mengalahkan juara dunia kesepuluh, Rasmus Gemke sebanyak dua kali (Hylo Open dan Indonesia Open) dan juara dunia ketujuh, Lee Zii Jia (French Open dan Hylo Open).

Sebelum kemenangannya itu, Loh menamatkan perlawanan Terbuka Indonesia di tempat kedua, menjuarai Terbuka Hylo di Jerman dan juga mengungguli Terbuka Yonex Dutch di Belanda.

2. LATIHAN BERSAMA AXELSEN

Pada September lalu, Loh ada di Dubai untuk menjalani latihan sepanjang sebulan bersama Axelsen dan empat lagi pemain - Toby Penty dari UK, Brian Yang dari Kanada, Felix Burestedt dari Switzerland dan Sen Lakshya dari India.

Selepas acara Terbuka Hylo, Loh berkata bahawa latihan bersama ini sudah menajamkan kemahiran pertahanan beliau.

3. LAHIR DI M'SIA, HIDUP DI S'PURA

Loh, 24 tahun, merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, Malaysia. Minat dalam sukan itu bermula sejak umurnya empat tahun apabila beliau menggunakan pintu pagar rumah sebagai jaring untuk bermain badminton.

Pada usia 13 tahun, beliau menerima biasiswa dari Singapura. Bersama dengan abangnya, Kean Hean, yang juga mewakili Singapura, Loh menjadi rakyat Singapura beberapa tahun kemudian.

"Bukan senang untuk membuat keputusan kerana akan berjauhan dengan ibu bapa saya, tetapi kerana pendidikan dan kerjaya saya, keputusan untuk datang ke Singapura merupakan sesuatu yang wajar dilakukan," kata Loh.

"Saya tidak rasa kesal datang ke sini, menjadi warga negara Singapura dan menjalani Perkhidmatan Negara. Saya sudah menghabiskan banyak tahun di sini dan rasa seperti rakyat Singapura. Saya bangga memakai bendera Singapura di dada saya. "

4. BERJAYA ATASI MASALAH TIDAK KONSISTEN

Loh berkata ada beberapa peristiwa di mana beliau mengharapkan untuk menjadi lebih konsisten dalam perlawanannya.

"Untuk menjadi konsisten bermaksud untuk menunjukkan prestasi permainan yang baik setiap pertandingan", katanya.

5. SASARKAN PARIS 2024

Di acara sukan Olimpik tahun ini, Loh merupakan salah satu pembawa bendera Singapura. Perlawanannya amat mengagumkan sekali gus memenangi dua daripada tiga permainan perkumpulan.

Sekalipun demikian, selepas tiga kekalahan dalam permainan bersama pemain Indonesia, Jonatan Christie, beliau terpaksa menarik diri.

Perbualan Loh dengan media berakhir dengan keinginan beliau untuk diberikan peluang kedua dalam sukan Olimpik.

"Itu merupakan satu lagi matlamat saya. Kali ini saya tidak mendapat pingat, mungkin di acara yang selanjutnya, " kata beliau lagi.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan