Ini 5 perkara anda harus tahu tentang ratu pecut SG Shanti Pereira
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SNOC/Kong Chong Yew)
HANGZHOU: Pada Isnin (2 Okt), pelari pecut Singapura Shanti Pereira memenangi pingat emas bersejarah dalam acara 200 meter wanita di Sukan Asia, iaitu pingat keduanya di Hangzhou.
Berikut adalah beberapa perkara yang patut ketahui tentang ratu pecut Singapura itu:
1. Pereira berasal dari keluarga yang dalam kegiatan sukan
Ibu bapa Pereira, Clarence dan Jeet Pereira, pernah bergiat dalam olahraga ketika di bangku sekolah. Begitu juga abangnya, Anand.
Kakak Pereira, Valerie, yang merupakan seorang bekas pelari pecut Singapura, merupakan pengaruh besar baginya.
Dalam wawancara sebelum ini, pelari pecut berusia 27 tahun itu mengimbas kembali bagaimana beliau menyokong Valerie di pertandingan lari pecut, dan akhirnya mendapat inspirasi untuk menyertai sukan tersebut.
Beliau mengikut jejak langkah kakaknya dan mendaftar diri di Sekolah Sukan Singapura.
Pereira, yang merupakan bintang sukan yang sedang meningkat naik, memperkenalkan dirinya kepada negara dalam Sukan SEA 2015 di Singapura.
Beliau merangkul pingat emas dalam acara 200 meter, dan mencatat waktu peribadi terbaik dan mencipta rekod negara baharu. Kemenangannya juga menamatkan kemarau pingat emas selama 42 tahun buat Singapura dalam acara pecut.
Pereira, 18 tahun ketika itu, mencatat rekod negara baharu dengan masa 23.60 saat, mengatasi masa 23.82 yang dicatatnya semasa pusingan kelayakan acara sukan tersebut.
3. Pereira melawan rasa ragu pada diri, tekanan dan pengkritik
Edisi Sukan SEA seterusnya pada 2017 berakhir dengan kekecewaan buat Pereira, kerana beliau menamatkan pertandingan itu dengan pingat gangsa dalam acara 100 meter dan 200 meter.
Kemudian, berlakunya kecederaan pada 2018, iaitu tahun beliau tidak dipilih bagi program Biasiswa Kecemerlangan Sukan. Dalam tempoh seminggu selepas kejadian itu, Pereira juga kehilangan biasiswa dari universitinya selepas gagal mengekalkan gred mata purata minimum (GPA).
Terdapat beberapa individu yang mula meraguinya.
Namun, sokongan daripada keluarga dan jurulatih beliau, serta anjakan minda, membantu beliau memperbaiki keadaannya pada awal 2022.
4. 2023 yang bersejarah
Kehandalan pelari pecut Singapura itu begitu menyerlah pada tahun ini.
Sejak Mac, beliau mencatat rekod baharu 200 meter sebanyak empat kali dan rekod 100 meter enam kali.
Pada Mei, beliau menjadi wanita Singapura pertama untuk memenangi kedua-dua acara 100 meter dan 200 meter di edisi Sukan Asia Tenggara (SEA) yang sama, dan diikuti dengan dua kemenangan di Kejohanan Atletik Asia pada Julai.
Pada Ogos, Pereira menjadi warga Singapura pertama untuk mara ke peringat separuh akhir Kejohanan Dunia selepas prestasi yang hebat dalam acara 200 meter.
Beliau juga layak untuk ke Olimpik 2024 di Paris.
5. Sebuah buku mengenainya sudah ditulis
Berikutan pingat emas pertamanya di Sukan SEA pada 2015, kakaknya Valerie dan Shobi mendapat inspirasi untuk menulis buku cerita kanak-kanak untuk menceritakan kisah perjalanan dan kejayaan Pereira.
Buku bertajuk "Go Shanti! Go", diterbitkan pada 2020 dan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada generasi wira sukan seterusnya.
Anda boleh menonton Sukan Asia ke-19 di Hangzhou secara langsung di enam saluran khas di mewatch.
Log masuk sekarang ke mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi kejohanann secara PERCUMA, atau tonton sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.