Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Infantino dipilih semula sebagai presiden FIFA

Anggaran Waktu Membaca:
Infantino dipilih semula sebagai presiden FIFA

Gianni Infantino. (Gambar: William WEST/AFP)

KIGALI: Gianni Infantino dipilih semula sebagai presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk penggal 2023-2027.

Pemilihan semula itu diadakan semasa Kongres FIFA ke-73 yang diadakan di Kigali, Rwanda, pada Khamis (15 Mac).

“Sebagai calon tunggal untuk jawatan itu, Infantino, 52 tahun, akan meneruskan khidmatnya sebagai ketua FIFA,” lapor Xinhua.

Encik Infantino berkata menjadi presiden adalah satu penghormatan, keistimewaan dan tanggungjawab yang besar.

“Dengan penuh rendah hati dan terharu, saya berjanji akan terus berkhidmat untuk bola sepak serta untuk ahli persatuan," kata Encik Infantino selepas pemilihan itu.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan