Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Indonesia tarik diri dari Kejuaraan AFF B-23 di Kemboja

Pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) Indonesia menarik diri daripada menyertai Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari depan.

Anggaran Waktu Membaca:

INDONESIA: Pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) Indonesia menarik diri daripada menyertai Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari depan.

Dalam pengumuman Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pada Jumaat (11 Feb), penarikan diri itu diumumkan selepas beberapa aspek termasuk penularan jangkitan COVID-19.

Menurut catatan terbaru di akaun Twitter rasmi PSSI, tujuh pemain serta seorang petugas didapati positif COVID-19.

Tujuh pemain berkenaan adalah Ronaldo Joybera R Junior, Muhammad Ferrari, Braif Fatari, Taufik Hidayat, Irfan Jauhari, Ahmad Figo Ramadhani dan Cahya Supriyadi.

Sementara itu, lagi empat pemain sedang menjalani tempoh kuarantin kerana merupakan kontak rapat kepada pemain yang terjangkit.

Turut dilaporkan adalah tiga pemain yang mengalami kecederaan iaitu Gunansar Mandowen, Ramai Rumakiek dan Muhammad Iqbal.

Kesemua mereka dilaporkan cedera ketika sesi latihan dalam usaha memperkuatkan kelab masing-masing dalam Liga 1, Musim 2021-2022.

Situasi itu menyebabkan pengurus pasukan Shin Tae Yong mengutuskan surat rasmi kepada persekutuan dan mengusulkan penarikan diri.

Setelah meneliti situasi berkenaan, PSSI membuat keputusan untuk menarik penyertaan Indonesia daripada kejohanan tersebut.

Sebelum ini, Indonesia bakal menjadi pesaing terkuat kepada Malaysia dalam persaingan Kumpulan B kejuaraan itu nanti.

Selain Indonesia, skuad bawah 23 Tahun (B-23) negara kendalian Brad Maloney turut perlu menentang Myanmar dan Laos untuk merebut tiket ke separuh akhir.

Berdasarkan jadual perlawanan, Malaysia akan membuka tirai kempen dengan berdepan Myanmar di Stadium Prince pada Selasa ini (15 Feb) diikuti Laos tiga hari kemudian di tempat yang sama.

Indonesia akan menjadi lawan terakhir di peringkat kumpulan pada 21 Februari ini di Stadium Nasional Morodok Techo sebelum aksi separuh akhir dan perlawanan akhir masing-masing berlangsung pada 24 dan 26 Februari.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan