Indonesia seri 0-0 dengan Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF

Pemain Indonesia Yakob Sayuri (kiri) bertarung untuk mendapatkan bola menentang pemain Vietnam, Bui Tien Dung pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, pada 6 Jan 2023. (Gambar: AP/Achmad Ibrahim)
Kedua-dua pasukan tidak dapat mengatasi pasukan lawan di Stadium Gelora Bung Karno dengan Indonesia mencipta peluang yang lebih baik namun gagal dinobatkan juara.
Indonesia tidak pernah menang dalam piala tersebut namun mara ke pusingan akhir tahun lalu selepas perlawanan itu dimainkan di lokasi pusat di Singapura sebelum kalah di tangan Thailand.
Kedua pasukan itu akan bertemu sekali lagi di Hanoi pada Isnin (9 Jan) dan pemenang akan beraksi dengan pasukan Thailand ataupun Malaysia yang akan menentang satu sama lain semasa aksi separuh akhir pertama pada Sabtu (7 Jan) di Kuala Lumpur.
Perlawanan akhir akan berlangsung pada 13 dan 16 Januari.
Anda boleh mengikuti semua perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menerusi meWatch.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.