Indonesia bertekad tamatkan penantian 25 tahun julang Piala AFF Suzuki
SINGAPURA: Indonesia berharap untuk mengakhiri penantian 25 tahun sedang pasukan Garuda bertarung dengan Thailand dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Negara malam ini nanti (29 Dis).
Anak didik Shin Tae Young kekal tidak pernah kalah dalam kejohanan tersebut tetapi kali ini berdepan dengan cabaran terbesar menentang juara lima kali Thailand.
Walaupun pasukan Indonesia pernah beraksi dalam lima perlawanan akhir Piala AFF, pasukan Garuda itu tidak pernah memenangi pertandingan tersebut.
Penyerang pasukan Indonesia, Egy Maulana Vikri berkata: "Para pemain mempunyai motivasi kerana kami sudah gagal lima kali sebelum ini dan sekarang kami ada peluang yang besar. Jadi para pemain mempunyai mentaliti yang teguh dan mahu sangat menjadi juara."
Thailand bagaimanapun mahu mengekalkan kedudukan mereka sebagai pasukan bola sepak terunggul di rantau ini.
Mentelah lagi, pasukan Thai sudah mengalahkan juara bertahan Vietnam dalam peringkat separuh akhir.
Orang ramai boleh menonton pusingan pertama perlawanan akhir Piala AFF ini secara langsung di meWatch.
Pusingan kedua perlawanan akhir akan berlangsung pada 1 Januari 2022.
Mediacorp adalah penyiar rasmi Piala AFF Suzuki.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.