Ilhan Fandi dijangka jalani pembedahan gara-gara koyak ligamen lutut
Anggaran Waktu Membaca:

Pemain bola sepak Singapura, Ilhan Fandi. (Gambar fail: CNA/Matthew Mohan)
SINGAPURA: Pemain bola sepak Singapura, Ilhan Fandi dijangka tidak beraksi sekurang-kurangnya setengah setahun. Ini selepas beliau mengalami kecederaan serius di lututnya semasa mewakili Singapura di Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 baru-baru ini.
Bahagian ligamen anterior cruciate di lutut kirinya dikatakan koyak sepenuhnya. Penyerang yang berusia 20 tahun itu, dijadual menjalani pembedahan pemulihan pada Rabu (11 Jan).
Demikian menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Selasa (10 Jan).
Beliau dilihat mencengkam tempurung lututnya selepas terjatuh semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Vietnam di Stadium Jalan Besar pada 30 Disember lalu. Meskipun beliau cuba untuk terus beraksi, beliau berdepan dengan kesukaran untuk berjalan. Beliau digantikan oleh Shawal Anuar sebelum separuh masa perlawanan.
Dalam perlawanan lain yang merupakan satu-satunya yang menyaksikan Ilhan beraksi, beliau menjaringkan sebuah gol yang sekali gus menyumbang kepada kemenangan Singapura 3-2 ke atas pasukan Myanmar.
Menurut FAS, pihaknya akan menampung segala perbelanjaan berkaitan dengan pembedahan tersebut, yang akan dikendalikan oleh pakar bedah ortopedik Dr Lim Jit Kheng.
Ilhan dijangka diletakkan di bangku simpanan selama enam hingga sembilan bulan selepas pembedahan, oleh kerana beliau perlu menjalani proses pemulihan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.