Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ilhan Fandi berhijrah ke kelab divisyen kedua Belgium, KMSK Deinze

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2022 09:36PM Dikemas Kini : 13 Dec 2022 11:33PM
SINGAPURA: Pemain bola sepak Singapura, Ilhan Fandi, sudah dihijrahkan ke kelab divisyen kedua Belgium, KMSK Deinze, dari Albirex Niigata Singapura.

Demikian diumumkan kedua-dua kelab bola sepak itu pada Isnin (12 Dis).

Ilhan, anak lelaki ketiga kepada legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, akan menyertai pasukan Belgium mulai Januari tahun depan, menurut Deinze.

Bulan lalu, dia dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik AIA pada Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura.

Beliau juga merangkul anugerah Jaringan Gol Terbaik dan juga terpilih dalam pasukan kesebelasan utama Liga Perdana Singapura (SPL).

Ilhan, 20 tahun, menyertai kelab Albirex dari Young Lions pada April tahun ini. Dalam kempennya baru-baru ini, dia menjaringkan 17 gol semasa Albirex menjuarai SPL pada musim lalu. Penyerang muda itu sudah empat kali menyarung jersi pasukan negara.

Mengulas mengenai penghijrahan itu, Ilhan berkata: "Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih atas minat yang ditunjukkan Deinze terhadap saya serta harapan mereka terhadap diri saya. Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan dan akan memberikan yang terbaik buat pasukan.

"Saya sangat teruja dengan peluang ini dan tidak sabar untuk mula beraksi dengan pasukan Belgium."

Ilhan juga berterima kasih kepada Albirex kerana membuatkan masanya di kelab itu "satu pengalaman menyeronokkan".

Denize dimiliki oleh firma ACA Football Partners yang berpangkalan di Singapura. Kelab itu kini berada di tangga kelapan daripada 12 pasukan divisyen kedua Belgium, selepas menduduki tempat keempat pada musim lalu. Kelab itu berpangkalan di wilayah East Flanders.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ACA Football Partners Hiroyuki Ono berkata: "Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Ilhan, bintang bola sepak Singapura yang cerah masa depannya, ke KMSK Deinze dan untuk bekerjasama dengan Albirex Niigata FC Singapura.

Bercakap mengenai kerjasama itu, pengerusi Albirex Singapore, Daisuke Korenaga, berkata penghijrahan Ilhan "berpotensi menjadi titik perubahan penting dalam bola sepak Singapura".
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan