Ikhsan Fandi harapan pasukan Singa kalahkan Bangladesh dalam perlawanan kelayakan Piala Asia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketua jurulatih bola sepak Singapura, Tsutomu Ogura mahu anak-anak buahnya memberi tumpuan dan kegigihan lebih tinggi.
Beliau berkata demikian menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Bangladesh, yang perlu dimenangi.
Pasukan Singa gagal mencatat kemenangan sejak enam perlawanan lalu, ekoran kesukaran mencipta peluang besar yang mencukupi.
Namun, kembalinya pemain penyerang utama, Ikhsan Fandi, mungkin dapat membantu mengubah keadaan.
Tsutomo Ogura mahu anak buahnya beri tumpuan, kegigihan tahap tinggi
Ikhsan Fandi merupakan penjaring gol terbanyak pasukan Singa dengan 18 gol, serta memikul tanggungjawab memimpin serangan.
Pemain berusia 26 tahun ini tidak bersama pasukan negara sekitar setahun kerana kecederaan dan komitmen kelab.
Kini, Ikhsan begitu bersemangat untuk membantu pasukan Singa.
"Saya sudah lama tidak ada di sini, jadi saya harap keserasian dengan rakan sepasukan masih ada. Saya sangat teruja, dan akan berikan segala-galanya, kerana saya sangat merindui perasaan bila melihat nama saya sebagai penyumbang gol untuk Singapura."
Singapura berada dalam kumpulan yang merangkumi Hong Kong dan India, di mana ketiga-tiganya terikat dengan satu mata sahaja.
Hanya pasukan di tangga teratas akan layak ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia.
Ogura mahu pasukan Singa bermain tanpa rasa takut - namun pada masa yang sama akur, banyak peningkatan diperlukan.
Piala Asia akan berlangsung di Arab Saudi pada 2027.
Hanya ada lima perlawanan sebelum pusingan di Riyadh nanti.
Pasukan Singapura akan menentang Maldives dalam satu perlawanan persahabatan Khamis ini (4 Jun) di Stadium Bishan.
Anda boleh menyaksikannya secara langsung mulai pukul 7.30 malam di mewatch.

Sumber : CNA/IQ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.