Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hormat keputusan Chong Wei tarik diri dari Kejohanan Terbuka M'sia, gesa Syed Saddiq

Penarikan diri jaguh badminton negara, Chong Wei daripada Kejohanan Terbuka Malaysia 2019 pada minggu depan adalah wajar memandangkan pemain itu dalam proses pemulihan kesihatannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Hormat keputusan Chong Wei tarik diri dari Kejohanan Terbuka M'sia, gesa Syed Saddiq

Lee Chong Wei. (Gambar: Andy Buchanan/AFP)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 04:18PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 04:20PM

PUTRAJAYA: Penarikan diri jaguh badminton negara, Chong Wei daripada Kejohanan Terbuka Malaysia 2019 pada minggu depan adalah wajar memandangkan pemain itu dalam proses pemulihan kesihatannya.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau menghormati pendirian Chong Wei yang memberikan keutamaan terhadap kesihatannya dan pihaknya juga faham proses pemulihan yang dilalui pemain itu memerlukan masa.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita akan memberikan sokongan yang penuh kepadanya. Chong Wei adalah wira negara dan kita mahu pastikan beliau pulih sepenuhnya.

"Kita tidak mahu sebarang tindakan yang diambil menjejaskan kesihatannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara KBS di sini hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengesahkan Chong Wei menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang akan berlangsung dari 2 hingga 7 April ini selepas pemain itu dinasihatkan doktor pakar yang merawatnya di Taiwan supaya jangan menyertai kejohanan tersebut.

Bekas pemain nombor satu dunia itu tidak menyertai mana-mana kejohanan sejak disahkan menghidap barah hidung pada Julai tahun lepas.

Keputusan itu menyaksikan Chong Wei yang menjuarai Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali tidak akan mempertahankan gelaran itu kali ini. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan