Hiroshi Tai bakal jadi pemain golf rakyat SG pertama beraksi di Kejohanan Masters
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Matt York/AP
SINGAPURA: Pemain golf Hiroshi Tai akan menjadi rakyat Singapura yang pertama untuk beraksi di Kejohanan Masters, setelah atlit berusia 22 tahun itu memenangi kejohanan nasional individu NCAA pada Isnin (27 Mei).
Mahasiswa Universiti Georgia Tech itu merupakan pemain keempat daripada universitinya untuk merangkul gelaran juara bagi peringkat individu. Prestasi yang dicatat Tai sekali gus bemakna pasukannya akan mara ke pusingan permainan perlawanan (match play) untuk berentap bagi merebut gelaran juara peringkat pasukan.
Kemenangan tersebut juga bermakna Tai akan bersaing dalam Kejohanan Masters tahun depan di Augusta National dan Terbuka Amerika tahun ini.
Tahun lalu, Masters mengumumkan bahawa para pemenang akan menerima undangan bagi apa yang dianggap sebagai salah satu kejohanan terbesar dalam sukan golf. Beliau akan menjadi rakyat Singapura pertama untuk berbuat demikian, jelas Persatuan Golf Singapura kepada Mediacorp.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.