Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hassan Sunny salur pemberian wang peminat China kepada badan amal; dipuji Presiden Tharman

Anggaran Waktu Membaca:
Hassan Sunny salur pemberian wang peminat China kepada badan amal; dipuji Presiden Tharman

Penjaga gawang Singapura, Hassan Sunny. (Gambar fail: FAS/Facebook)

SINGAPURA: Penjaga gawang Singapura, Hassan Sunny, memutuskan untuk menyalurkan pemberian wang yang diterima daripada para peminat China, kepada badan amal.

Ini didedahkan Persiden Tharman Shanmugaratnam menerusi satu catatan media sosial pada Ahad (16 Jun).

Hassan pada awal minggu ini mencuri perhatian para penyokong China selepas 11 kali menafikan percubaan Thailand untuk menjaringkan gol di pusingan kelayakan AFC Piala Dunia FIFA 2026.

Penjaga gol itu terus bertahan di gawang meskipun Thailand tidak henti-henti berusaha keras untuk mara ke pusingan Piala Dunia seterusnya dengan perbezaan tiga gol.

Keputusan perlawanan 3-1 antara Singapura dengan Thailand sekali gus memberikan peluang kepada China untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan tersebut.

Keesokan harinya pada Rabu (12 Jun), para peminat China di Singapura membanjiri gerai makanan keluarganya di Tampines, Dapur Hassan, menyebabkan jualannya laris lebih awal.

Ada peminat di China yang mahu merakamkan penghargaan bahkan turut, memindahkan wang ke akaun Alipay gerai berkenaan, selepas netizen mengedarkan gambar kod QR pembayaran secara online.

Dalam satu wawancara bersama Mediacorp, Hassan menyifatkan sokongan luar biasa warga China terhadapnya "mengagumkan", tetapi beliau "tidak menerimanya begitu saja".

Hassan juga mempersoalkan jika pemberian wang kepadanya "dibenarkan dari segi undang-undang" dan bahkan menggesa para penyokong agar berhenti berbuat demikian, sesuai nasihat beberapa individu yang mahukannya "mengelakkan sebarang salah faham".

DIPUJI PRESIDEN THARMAN

Dalam catatan media sosialnya, Presiden Tharman mengucapkan terima kasih kepada Hassan "kerana telah menjadi peran contoh".

Beliau juga berharap orang ramai akan berkongsi semangat berbagi dan belas ihsan yang sama, dalam ucapan Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam.
Presiden Tharman turut menekankan betapa kisah di sebalik Aidiladha adalah satu peringatan tentang nilai pengorbanan dan berkongsi dengan rakan-rakan mahupun mereka yang memerlukan.

Beliau selanjutnya menjadikan Nasi Ambeng, seperti yang dijual Hassan, sebagai simbol orang ramai bersatu dan saling berkongsi, dengan cara hidangnya di dalam dulang seolah-olah mempunyai makna yang tersirat.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan