Hassan Sunny dianggap penyelamat oleh peminat bola sepak China yang sumbang wang kepada gerai makannya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/ FAS)
SINGAPURA: Warga Singapura mungkin tidak berpuas hati dengan pasukan bola sepak negara selepas persembahan mengecewakan dengan Korea Selatan, dan dikalahkan Thailand 3-1 pada Selasa (11 Jun).
BACA:
Namun, bagi penjaga gawang Hassan Sunny, dia kini disanjung para peminat bola sepak China.
Ramai di antara mereka menganggapnya sebagai penyelamat selepas pemain Albirex Niigata itu menghalang Thailand menjaringkan lebih daripada tiga gol ketika menentang Singapura.
Ini membolehkan China untuk melayakkan diri ke pusingan kelayakan Piala Dunia seterusnya.
Sejak perlawanan itu, pemain 40 tahun itu tular di platform media sosial China seperti Douyin, Weibo, dan WeChat sehingga mengalami gangguan, disebabkan warganet China cuba mendapatkan lebih banyak maklumat tentangnya.
"Dia selamatkan China!" tulis seorang warganet yang menghargai persembahannya. Seorang lagi menganggapnya sebagai penjaga gol terbaik dunia.
Dalam usaha untuk menunjukkan penghargaan, sebahagian daripada mereka mempromosikan kedai makan nasi padangnya, Dapur Hassan di Tampines, kepada para pelancong China.

Di Google Maps, kedai makannya menerima lebih daripada 70 ulasan lima bintang, dalam masa kurang 12 jam.
"Walaupun saya belum ke sana, makanan pemain itu sudah tentu sedap!" kata seorang pengguna.
"Saya lapar, dan saya ingin ke Singapura untuk cuba Nasi Lemak," tulis seorang lagi.
Menurut komen di Reddit, beberapa warganet mengambil langkah luar biasa dengan memindahkan wang melalui Alipay, kepada kedai makan tersebut selepas mendapatkan kod QR Dapur Hassan.
"Nampaknya masa depannya semakin cerah," kata seorang peminat bola sepak Singapura.
Ramai yang menasihatkan Hassan agar mengambil kesempatan dan mempertimbangkan untuk membuat penstriman langsung buat para peminat barunya di China.

Sumber : 8 Days/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.