Hassan Sunny bersara daripada bola sepak antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Hassan Sunny)
SINGAPURA: Penjaga gawang veteran pasukan kebangsaan Singapura, Hassan Sunny telah bersara daripada bola sepak antarabangsa, selepas 20 tahun membina kerjaya profesionalnya di mana beliau mewakili negara sebanyak 115 kali.
Menurut catatannya di media sosial pada Ahad (18 Ogos), Hassan berkata sudah tiba masa untuk beliau memberi peluang kepada pemain lebih muda untuk menggantikannya.
"Perjalanan saya dalam bola sepak bersama pasukan negara merupakan pengalaman yang penuh cabaran dan kejayaan, namun saya menghargai setiap detik," katanya.
"Bermain untuk dan mewakili negara adalah satu penghormatan yang besar dan saya akan merindui masa saya bersama pasukan Singapura pergi ke luar negara, menaiki bas, stadium yang dipenuhi peminat, dan banyak lagi."
Hassan, 40 tahun, menjadi sensasi baru-baru ini, selepas dia menjadi selebriti dalam kalangan peminat bola sepak China atas prestasinya yang luar biasa, apabila Singapura kalah 1-3 di tangan Thailand dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026.

Pemain Albirex Niigata itu, yang membuat penampilan pertama buat Singapura pada 2004, berkata pada Jun bahawa beliau mempunyai "beberapa tahun lagi" untuk beraksi.
"Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai pemain terbaik, tetapi saya sering berjuang, beri 100 peratus ketika latihan dan perlawanan," kata Hassan.
"Kini, sudah tiba masanya untuk saya undur diri dan berikan peluang kepada pemain muda untuk gantikan saya. Saya akan berikan sokongan penuh kepada pasukan penjaga gawang dan negara, serta memberi sokongan kepada mereka."
"Saya ucapkan yang terbaik buat pasukan bola sepak Singapura untuk pertandingan akan datang dan semoga mereka berjaya pada masa depan."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.