Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hartawan Qatar buat tawaran akhir beli Manchester United

Anggaran Waktu Membaca:
QATAR: Hartawan Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani membuat tawaran akhir kepada Manchester United untuk mengalahkan pesaing utamanya, Sir Jim Ratcliffe, hartawan British.

Demikian menurut laporan The Times, seperti dipetik Astro Awani.

Menurut laporan tersebut, Sheikh Jassim menawarkan untuk membeli 100 peratus kelab tersebut dengan harga hampir 5 bilion paun sterling (S$8.4 bilion).

Pengumuman itu menyebabkan saham Manchester United meningkat sebanyak 1.2 peratus.

Bagaimanapun menurut laporan The Guardian, tawaran Sheikh Jassim tidak mencapai harga permintaan 6 bilion paun (S$10 bilion) yang ditetapkan oleh pemilik semasa, keluarga Glazer.

Pemilik Manchester United itu memulakan proses rasmi menjual kelab tersebut akhir tahun lalu dan sudah menerima beberapa tawaran.

Ini termasuk tawaran oleh Sir Jim Ratcliffe, pengasas pengeluar bahan kimia INEOS dan ahli perniagaan Finland, Thomas Zilliacus.

Menurut laporan The Times pada bulan April, INEOS milik Sir Jim Ratcliffe berjaya mengalahkan Sheikh Jassim dalam persaingan untuk memiliki Manchester United.

INEOS adalah satu-satunya penawar yang menilai kelab tersebut dengan nilai yang melebihi 5 bilion paun sterling (S$8.4 bilion), lapor Astro Awani.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan