Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Harimau Malaya tundukkan Thailand 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF

Anggaran Waktu Membaca:
Harimau Malaya tundukkan Thailand 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF

(Gambar: FAMalaysiaOfficial/Facebook)

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya meraih kemenangan berharga selepas menundukkan Thailand 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini (7 Jan).

Malaysia wajar diberikan pujian selepas berjaya mengekang asakan bertali arus Thailand untuk memastikan gawang pasukan tuan rumah tidak dibolosi.

Malaysia mendahului pada minit ke-11 hasil jaringan Faisal Halim selepas mendapat umpanan cantik V Ruventhiran.

Menyusuli jaringan gol pertama itu, Thailand terus menggandakan serangannya namun gagal membolosi gawang pasukan tuan rumah.

Sepanjang tempoh separuh masa pertama, skuad Harimau Malaya dilihat lebih banyak bertahan bagi memastikan kelebihan satu gol terus kekal.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, Thailand terus mengasak benteng pertahanan Malaysia namun menemui jalan buntu.

Gol kedua Malaysia hasil tandukan Dominic Tan yang menyempurnakan hantaran sepakan percuma dibatalkan selepas pengadil mendakwa berlaku kekasaran ke atas pemain lawan.

Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat ditiupkan dan penentuan pasukan yang layak ke perlawanan akhir akan ditentukan dalam perlawanan separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Bangkok.

Skuad pimpinan Kim Pan-gon akan berkunjung ke Stadium Thammasat pada 10 Januari ini dengan kelebihan satu gol.
Sumber : Agensi berita/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan