Harapan Atalanta julang mahkota Serie A makin pudar
Harapan tipis Atalanta untuk mengatasi Juventus bagi merebut gelaran juara Serie A semakin pudar selepas seri 1-1 dengan pasukan AC Milan pada Jumaat (24 Jul).

(Gambar: Atalanta/Twitter)
MILAN: Harapan tipis Atalanta untuk mengatasi Juventus bagi merebut gelaran juara Serie A semakin pudar selepas seri 1-1 dengan pasukan AC Milan pada Jumaat (24 Jul).
Pasukan dari Bergamo itu sebaliknya terpaksa berpuas hati di tangga kedua liga, lima mata di belakang Juventus dengan baki dua perlawanan sebelum musim berakhir.
Skuad kendalian Gian Piero Gasperini, Atalanta membelasah Milan 5-0 ketika pasukan itu bertemu buat kali pertama musim ini pada Disember.
Bagaimanapun mereka ketinggalan satu gol selepas hanya 14 minit hasil jaringan tendangan percuma Hakan Calhanoglu.
Milan yang meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam liga perlu berterima kasih kepada penjaga gawang Gianluigi Donnarumma yang menyelamatkan tendangan penalti minit ke-24 oleh Ruslan Malinovskyi.
Bagaimanapun Duvan Zapata menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat 10 minit kemudian.
Matteo Gabbia yang gagal mengeluarkan bola daripada benteng pertahanan Atalanta sebaliknya memberi peluang kepada penyerang Colombia, Zapata untuk menjaringkan gol penyamaan bagi Milan.
Milan kekal di tangga keenam, satu mata di belakang AS Roma dan berada di kedudukan yang baik untuk melayakkan diri ke Liga Europa pada musim akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.