Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hangzhou tuan rumah Sukan Asia 2022

Sukan Asia yang seterusnya akan diadakan di Hangzhou, sebuah bandar purba China. Persiapan bagi kejohanan pada tahun 2022 itu kini sedang giat dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2018 08:20PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 09:29PM

CHINA: Sukan Asia yang seterusnya akan diadakan di Hangzhou, sebuah bandar purba China.

Persiapan bagi kejohanan pada tahun 2022 itu kini sedang giat dijalankan.

Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu, yang juga digelar sebagai 'Bunga Teratai', mempunyai 80,000 tempat duduk.

Dijadual siap pada bulan ini, ia merupakan tempat pertandingan utama Sukan Asia 2022.

Secara keseluruhannya, 12 tempat pertandingan sedang dibina.

Stadium Olimpik itu terletak di daerah baru, di Qianjiang Century City.

Pembinaan stadium itu serta pejabat-pejabat dan pangsapuri mewah di kawasan itu merupakan sebahagian daripada strategi bagi membangunkan kawasan tersebut, yang terletak di sepanjang Sungai Qiantang.

Para pakar berkata pembangunan daerah baru itu akan menjadikan Hangzhou lebih berdaya saing dan mengurangkan tekanan terhadap pusat bandar tradisional di kawasan Tasik Barat yang terkenal dan juga merupakan Tapak Warisan Dunia.

Selain Sukan Asia, China juga akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2022, yang akan berlangsung di Beijing.

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan