Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hampir 5,500 atlit dari 11 negara buru pingat di Sukan SEA Hanoi

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 5,500 atlit dari 11 negara buru pingat di Sukan SEA Hanoi

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 May 2022 08:22PM Dikemas Kini : 10 May 2022 12:33AM

HANOI: Sekitar 5,500 atlit dari 11 negara dijangka tiba di Hanoi bagi Sukan SEA.

Edisi ke-31 temasya sukan Asia Tenggara itu akan menampilkan 40 sukan dalam 526 acara.

Acara itu ditangguhkan lewat tahun lalu akibat pandemik.

Ini adalah kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah Sukan SEA.

Pada 2003, Vietnam mendahului pungutan pingat selepas meraih 158 pingat emas.

Seramai 427 atlit negara dalam Team Singapore akan mengambil bahagian dalam 33 acara sukan.

Lebih separuh daripada mereka akan membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA.

Singapura menjangkakan prestasi cemerlang dalam acara-acara renang sekali lagi.

Pada 2019, perenang tanah air merangkul 23 pingat emas - iaitu satu rekod tercatat di luar negara.

Singapura juga menyasarkan prestasi cemerlang dalam acara-acara pencak silat, lawan pedang dan tenis meja.

Singapura mencatat prestasi terbaik dalam Sukan SEA 2017.

Pasukan negara menggondol 58 pingat emas, 59 perak dan 71 gangsa.

Dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, kontinjen Singapura membawa pulang 53 emas, 46 perak dan 68 gangsa.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

 

Sumber : Agensi berita/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan