Hampir 45,000 tiket perlawanan Man United-ASEAN All-Stars di Stadium Bukit Jalil sudah terjual
Anggaran Waktu Membaca:

Perlawanan persahabatan antara gergasi Liga Perdana England (EPL), Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil akan berlangsung pada 28 Mei ini. (Gambar: mymaybank/Instagram)
KUALA LUMPUR: Hampir 45,000 tiket perlawanan antara kelab gergasi Liga Perdana England (EPL) Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada 28 Mei sudah terjual setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents Julian Kam berkata sambutan para peminat amat menggalakkan, terutama selepas kemenangan dramatik United pada aksi suku akhir Liga Europa pada awal Jumaat (18 Apr).
“Setakat ini, sambutan sangat bagus, jualan tiket hampir mencecah 45,000. Kami berharap lebih ramai peminat akan hadir untuk menonton acara sukan terbesar di Malaysia bagi tahun 2025.
“Terutama sekali selepas persembahan United pada aksi suku akhir Liga Europa, saya rasa peminat teruja untuk hadir beramai-ramai. Peminat dari ASEAN juga akan hadir. Jadi, dapatkan tiket anda sekarang,” katanya kepada Bernama pada Jumaat (18 Apr).
Pada aksi awal pagi Jumaat, United yang dibimbing Ruben Amorim mara ke separuh akhir Liga Europa selepas mencatat kemenangan dramatik 5-4 ke atas kelab Perancis, Lyon, sekali gus mara dengan agregat 7-6.
Kali terakhir United berkunjung ke Malaysia semasa jelajah pramusim ialah pada 2009, yang menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0 masing-masing pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Juara 13 kali EPL itu juga dijadual berkunjung ke Hong Kong sebagai sebahagian daripada jelajah pramusim mereka untuk menentang pasukan itu di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.