Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hamilton, Messi kongsi anugerah sukan Laureus

Juara Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dan bintang bola sepak Lionel Messi berkongsi anugerah Atlit Terbaik Tahunan Laureus di Berlin.

Anggaran Waktu Membaca:
Hamilton, Messi kongsi anugerah sukan Laureus

Lewis Hamilton. (Gambar: Tobias SCHWARZ/AFP)

Diterbitkan : 18 Feb 2020 08:01AM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 08:05AM

BERLIN: Juara Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dan bintang bola sepak Lionel Messi berkongsi anugerah Atlit Terbaik Tahunan Laureus di Berlin.

Hamilton, 35 tahun, juara dunia enam kali dan bintang Barcelona, Messi 32 tahun, berkongsi anugerah tersebut hasil pencapaian mereka pada 2019.

Ini adalah kali pertama seorang pemain bola sepak memenangi anugerah berkenaan dan kali pertama dalam sejarah 20 tahun, juri membuat keputusan untuk berkongsi kejuaraan.

“Saya bangga menjadi orang pertama menang anugerah ini sebagai atlit daripada acara berpasukan,” kata Messi dari Barcelona menerusi pesanan video.

Bintang gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles, yang menang lima gelaran pada kejohanan dunia 2019 di Stuttgart seterusnya mengumpul 25 pingat emas kejohanan dunia, sekali gus meraih gelaran Atlit Wanita Terbaik Tahunan Laureus buat kali ketiga.

“Ia amat bermakna buat saya, ini anugerah Laureus ketiga saya dan saya amat bersyukur,” kata Biles menerusi pesanan video.

Sementara itu, pasukan ragbi Afrika Selatan yang menang Piala Dunia 2019 dinamakan pasukan terbaik tahunan, sekali gus menewaskan skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool dan pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan