Hamilton cipta rekod baru setelah raih kemenangan ke-92 di Portugal
Lewis Hamilton menjadi pemegang rekod baru Formula One (F1) pada Ahad (25 Okt) setelah pelumba dari Britain itu menjuarai Grand Prix Portugal, sekali gus meraih kemenangannya yang ke-92 yang turut mengatasi rekod pelumba legenda Michael Schumacher.

Lewis Hamilton. (Gambar: Tobias SCHWARZ/AFP)
PORTIMAO: Lewis Hamilton menjadi pemegang rekod baru Formula One (F1) pada Ahad (25 Okt) setelah pelumba dari Britain itu menjuarai Grand Prix Portugal, sekali gus meraih
kemenangannya yang ke-92 yang turut mengatasi rekod pelumba legenda Michael Schumacher.
Dengan kemenangannya di Litar Antarabangsa Algarve itu, Hamilton berjaya mengatasi rekod sebanyak 91 kemenangan yang dikecapi oleh Schumacher sepanjang kerjayanya selama 14 tahun.
"Anda membuka lembaran baru dalam sejarah F1," kata pasukan Mercedes kepada Hamilton melalui radio pasukan tersebut.
Bos pasukan Mercedes, Toto Wolff pula setakat berkata: "92 Lewis, 92."
Hamilton yang ketinggalan di tempat ketiga pada awal perlumbaan, membuktikan keunggulannya dalam perlumbaan yang dilanda hujan semalam yang juga merupakan kemenangannya yang kelapan daripada 12 perlumbaan sejauh ini.
Juara dunia sebanyak enam kali itu menamatkan perlumbaan dengan 25.5 saat di hadapan rakan sepasukannya dari Mercedes, Valtteri Bottas, dengan Max Bull Verstappen dari pasukan Red Bull menduduki tempat ketiga.
Kemenangan Hamilton menambah satu lagi kejayaan yang sebelum ini belum pernah dicapai oleh para pelumba lain.
Beliau kini memegang rekod dengan jumlah kemenangan yang paling tinggi, di samping 97 kali memulakan perlumbaan daripada petak pertama dan sebanyak 161 kali menduduki antara tiga tangga teratas dan sebanyak 45 kali memenangi perlumbaan setelah memulakan perlumbaan dari petak pertama.
Dengan kemenangan semalam, Hamilton turut melebarkan jurang antara beliau dengan rakan sepasukan, Bottas, yang juga merupakan pesaing terdekatnya musim ini, kepada 77 mata.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.