Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hadiah RM500,000 JDT dipulangkan kepada kerajaan Johor; insentif lestari alam sekitar negeri

Pemangku Raja Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bersetuju untuk menyumbang hadiah wang tunai hasil kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia 2019, bernilai RM500,000 (S$164,008) kepada Kerajaan Negeri bagi menampung pembelian bot pengutip sampah.

Anggaran Waktu Membaca:
Hadiah RM500,000 JDT dipulangkan kepada kerajaan Johor; insentif lestari alam sekitar negeri

Johor Darul Ta'zim tumpaskan Kuala Lumpur. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Nov 2019 09:36AM Dikemas Kini : 14 Nov 2019 09:38AM

JOHOR BAHRU: Pemangku Raja Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bersetuju untuk menyumbang hadiah wang tunai hasil kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia 2019, bernilai RM500,000 (S$164,008) kepada Kerajaan Negeri bagi menampung pembelian bot pengutip sampah.

Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal, berkata pemulangan itu adalah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di negeri Johor demi melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku.

"Insentif ini diberikan sebagai dorongan dan pemangkin di atas semangat serta komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan JDT sehingga berjaya memenangi piala berprestij ini.

"Bagaimanapun, Tunku Ismail telah berkenan untuk mengurniakan semula insentif ini kepada Kerajaan Negeri Johor, hari ini.

"Kerajaan Negeri Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan di atas keprihatinan baginda," katanya dalam satu kenyataan media seperti yang ditukil Astro AWANI.

Pada 2 November lalu, pasukan JDT menewaskan pasukan Kedah 3-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan