Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Haaland sumbat 5 gol bantu Man City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah

Anggaran Waktu Membaca:
Haaland sumbat 5 gol bantu Man City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah

Erling Haaland (kanan) menjaringkan lima gol bagi Manchester City. (Gambar: Paul ELLIS/AFP)

MANCHESTER: Erling Haaland menyamakan rekod Liga Juara-Juara Eropah dengan jaringan lima gol bagi memudahkan laluan Manchester City untuk mara ke peringkat suku akhir selepas mengalahkan RB Leipzig 7-0, sekali gus meraih kemenangan agregat 8-1 pada Selasa (14 Mac).

Haaland juga memecahkan rekod kelabnya dari segi jaringan dalam satu musim dengan sebanyak 39 gol dijaringkan setakat ini.

Ini sedang para pemain Pep Guardiola mara ke peringkat suku akhir buat enam musim berturut-turut.

City masih mempunyai perjalanan jauh dalam Liga Juara-Juara Eropah, namun mereka belum pernah memiliki penyerang setaraf mutu Haaland untuk mewujudkan kelebihan sedemikian sebelum ini.

Pada usia hanya 22 tahun, beliau kini sudah menjaringkan 33 gol dalam 25 kemunculan bagi pertandingan Eropah yang berprestij itu.
Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan