Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji £850,000 seminggu
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Darren Staples / AFP
LONDON: Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.
Haaland telah menikmati permulaan yang menakjubkan untuk musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), menjaringkan tujuh gol dalam tiga perlawanan pembukaan City.
Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan bahawa Haaland dijangka akan menyerahkan masa depannya kepada juara EPL itu dengan menandatangani kontrak baharu melalui perjanjian sedia ada yang akan tamat pada musim panas 2027.
Menurut laporan itu, Man City akan menjadikan Haaland sebagai pemain dengan gaji tertinggi dalam EPL dengan tangga tertinggi gaji ketika ini dipegang rakan sepasukannya Kevin De Bruyne.
De Bruyne dilaporkan menerima gaji £425,000 (S$726,367) seminggu di City, manakala Haaland kini memperolehi gaji asas £375,000 (S$640,912) setiap minggu.
Bagaimanapun, Mail Sport difahamkan walaupun Haaland akan menerima gaji pokok yang sejajar dengan pendapatan tinggi lain di Etihad, beberapa bonus yang besar dan hampir dijamin menyaksikan kenaikan gaji mingguannya melebihi paras £850,000 (S$1.4 juta).
Marca menyatakan bahawa perjanjian baharu Haaland dijangka mengandungi klausa pelepasan, yang sepatutnya boleh ditebus oleh gergasi Sepanyol, Real Madrid pada masa hadapan.
Haaland telah menikmati kejayaan yang menakjubkan di City apabila menjaringkan 97 gol dalam 102 penampilan untuk kelab itu sehingga kini.
Pemain berusia 24 tahun itu juga pernah memenangi EPL dua kali, Liga Juara-Juara dan Piala FA sepanjang dua musim di kelab itu.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.