Grand Prix SG: Bottas kayuh lebih 320km dari Sepang ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Valterri Bottas)
Singapore Grand Prix: Bottas cycles over 320km from Sepang to Singapore
- Valtteri Bottas, the 37-year-old Cadillac driver, cycled more than 320 kilometres from Sepang to Singapore after the Bahrain Grand Prix in Malaysia on Sunday (Oct 4).
- While other drivers and teams were preparing to board flights for this weekend's race, Bottas chose the unusual ride and confirmed it on X.
- Bottas has yet to score a point this season, with 13th place at the Chinese Grand Prix his best result, after he failed to finish the eighth race because of slick tyres on a wet track.
- Max Verstappen won at Sepang, while the Bahrain edition was moved to Malaysia because of the Iran war, making SIC the first Formula One host since 2017.
- Valtteri Bottas, pemandu Cadillac berusia 37 tahun, berbasikal lebih 320 kilometer dari Sepang ke Singapura selepas Grand Prix Bahrain di Malaysia pada Ahad, 4 Okt.
- Ketika pemandu dan pasukan lain bersiap menaiki pesawat ke perlumbaan hujung minggu ini, Bottas memilih kayuhan luar biasa dan mengesahkannya melalui X.
- Bottas masih belum meraih mata musim ini, dengan tempat ke-13 di GP China sebagai pencapaian terbaik, selepas gagal menamatkan perlumbaan kelapan kerana tayar licin di litar basah.
- Max Verstappen menang di Sepang, sementara edisi Bahrain dipindahkan ke Malaysia akibat perang Iran, menjadikan SIC tuan rumah F1 pertama sejak 2017.
SINGAPURA: Pemandu Formula One (F1) Valtteri Bottas memilih laluan luar biasa dengan berbasikal dari Sepang ke Singapura pada minggu antara dua perlumbaan Grand Prix.
Pemandu Cadillac berusia 37 tahun itu memulakan perjalanan ke destinasi F1 seterusnya di Singapura selepas gagal menamatkan Grand Prix Bahrain, yang diadakan di Malaysia pada Ahad (4 Okt).
Ketika para pemandu dan pasukan lain bersiap sedia untuk menaiki pesawat dari Malaysia ke Singapura bagi perlumbaan hujung minggu ini, Bottas memulakan perjalanan berkayuh sejauh lebih 320 kilometer.
Beliau mengesahkan perjalanannya itu menerusi X.
Bottas masih belum meraih sebarang mata kejuaraan bersama Cadillac musim ini. Pencapaian terbaiknya ialah tempat ke-13 di GP China pada Mac.
Beliau tidak dapat menamatkan perlumbaan minggu lalu selepas menjelaskan bahawa beliau terbabas kerana mengambil risiko menggunakan tayar licin dalam keadaan litar yang basah. Ia merupakan kegagalannya yang kelapan untuk menamatkan perlumbaan musim ini.
Bottas sudah memandu dalam perlumbaan F1 sejak 2013 dan mencatatkan 10 kemenangan serta 67 penamat di podium sepanjang kerjayanya.
Max Verstappen minggu lalu menamatkan penantian yang panjang untuk meraih kemenangan perlumbaan dengan menjuarai GP F1 di Sepang.
Perlumbaan edisi Bahrain itu dipindahkan ke Malaysia akibat perang Iran, sekali gus menjadi acara F1 pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sejak 2017.

Sumber : AP/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.