Skip to main content

Sukan

Grand Prix, MotoGP Australia dibatalkan lagi, 23 saingan F1 masih dirancang

Grand Prix (GP) Formula One (F1) dan MotoGP Australia dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut disebabkan masalah logistik ekoran kebimbangan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Grand Prix, MotoGP Australia dibatalkan lagi, 23 saingan F1 masih dirancang

Litar Albert Park di Melbourne, Australia. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2021 05:02PM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 05:53PM

MELBOURNE: Grand Prix (GP) Formula One (F1) dan MotoGP Australia dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut disebabkan masalah logistik ekoran kebimbangan pandemik COVID-19.

Namun penganjur F1 mengumumkan pihaknya masih merancang 23 perlumbaan bagi musim ini.

Perlumbaan itu sepatutnya berlangsung pada 21 November ini, namun berdepan kesukaran selepas kerajaan Australia menetapkan peraturan kuarantin wajib selama 14 hari bagi mereka yang tiba di negara itu.

MotoGP Australia yang dijadualkan pada Oktober juga dibatalkan.

GP Australia biasanya menjadi acara pembuka tirai F1 setiap musim dan sudahpun diubah dari Mac ke November iaitu selepas GP Brazil dijadualkan berlangsung 7 November dan sebelum perlumbaan sulung di Arab Saudi.

Pembatalan itu bermakna Litar Albert Park, Melbourne kini tanpa aksi F1 buat tahun kedua, selepas edisi 2020 dibatalkan secara dramatik sebelum bermula sesi latihan bebas.

Pengerusi Australian Grand Prix Corporation, paul Little dalam satu kenyataan menyatakan rasa "sangat kecewa" dengan pembatalan itu.

GP Singapura yang sepatutnya berlangsung pada 3 Oktober turut dibatalkan berikutan kebimbangan mengenai pandemik COVID-19.

Di sebalik kegenjotan itu, ketua F1 Stefano Domenicali berkata beliau yakin penganjuran 23 perlumbaan Grand Prix masih boleh diadakan bagi musim ini.

"Biarkan kecewa kerana tiada perlumbaan Australia musim ini, kami yakin dapat menganjurkan 23 perlumbaan musim 2021. Kami ada beberapa pilihan untuk dilaksanakan,  butirannya sedang dilakarkan pada minggu-minggu akan datang. Kami akan mengumumkannya sebaik perbincangan selesai," katanya. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita