Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Grand Prix F1 SG mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kejohanan lumba kereta Grand Prix Formula One (F1) Singapura tahun ini akan menggunakan minyak pembakar yang lebih mesra alam.

Ia merupakan usaha pihak penganjur untuk mengurangkan sebanyak separuh pelepasan gas karbon daripada parasnya sekarang, menjelang tahun 2028.

Laporan pertama mengenai jejak karbon kejohanan itu menunjukkan penggunaan tenaga menyumbang lebih 96 peratus kepada pelepasan karbonnya pada tahun lalu.

Menurut laporan tersebut, tenaga yang digunakan untuk lampu-lampu di kawasan litar serta pelbagai kemudahan lain perlumbaan waktu malam itu, paling banyak mengeluarkan gas karbon.

"Dari sekarang, sehingga 2028, kami berharap untuk meningkatkan dan meluaskan skop kepada usaha mengurangkan pelepasan karbon. Setiap tahun semasa membangunkan pelan kami dengan lebih lanjut, ia pasti akan menggariskan dan menyokong matlamat kemampanan F1 untuk mencapai sifar bersih menjelang 2030," kata Sasha Rafi, Pengarah Kemampanan GP Singapura.

Bagi tujuan itu, acara tahun ini menggunakan sejenis bahan api lebih bersih yang diperbuat daripada minyak sayuran, untuk menjana tenaga.

Kuasa tenaga di Bangunan Pit pula, dibekalkan kira-kira 1,500 panel suria, cukup untuk sebulan.

Kejohanan F1 di Singapura tahun ini berlangsung pada Jumaat (15 Sep) hingga Ahad depan (17 Sep).
Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan