Skip to main content

Sukan

Grand Prix F1 SG 2023 dinobat perlumbaan terbaik musim ini

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Dec 2023 07:01PM Dikemas Kini : 21 Dec 2023 07:57AM
SINGAPURA: Singapura menerima satu lagi pengiktirafan antarabangsa.

Grand Prix F1 Singapura dijulang sebagai perlumbaan terbaik musim ini oleh masyarakat sukan motor dunia.

Antara komen yang diberi pelbagai agensi media antarabangsa, termasuklah menyifatkan F1 Singapura pada September lalu itu sebagai cukup "mendebarkan dari awal hingga akhir", serta merupakan "detik begitu menonjol bagi ramai orang".

Para petugas pemulihan F1 Singapura turut diiktiraf sebagai yang terbaik oleh badan penganjur perlumbaan F1 atau FIA.

Mereka dipuji kerana keberkesanan dan semangat berpasukan yang baik semasa menjalankan 17 kerja-kerja pemulihan di litar semasa perlumbaan itu.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita