Skip to main content

Sukan

Grand Prix Bahrain di Malaysia: Barisan panjang, kelengahan bas ulang alik cetus kemarahan peminat

Para peminat sukan permotoran meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial berhubung barisan panjang untuk menaiki bas ulang-alik dan kesukaran mendapatkan air minuman di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sambil menggesa pengurusan orang ramai dan perkhidmatan pengangkutan diperbaiki menjelang Grand Prix Bahrain hujung minggu ini, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Anggaran Waktu Membaca:
Grand Prix Bahrain di Malaysia: Barisan panjang, kelengahan bas ulang alik cetus kemarahan peminat

Para peminat Formula One meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial mengenai keadaan kucar-kacir di Litar Antarabangsa Sepang pada 2 Oktober 2026, seperti yang dilihat dalam gambar ini apabila orang ramai mengerumuni sebuah bas ulang-alik yang disediakan. (Gambar: Threads)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 09:48AM
Bahrain Grand Prix in Malaysia: Long queues and shuttle bus delays spark fans' anger
  • Motorsport fans complained on social media about chaotic conditions at Sepang International Circuit on Friday (Oct 2), ahead of the Bahrain Grand Prix.
  • The complaints focused on long queues for shuttle buses, delays entering and leaving the circuit, people walking in the emergency lane, and journeys to KLIA taking hours.
  • Visitors also raised difficulties getting water and food, non-functioning water stations, poor signage, unclear communication, and reports that several spectators had fainted.
  • FMT contacted Prasarana and SIC for comment, while the background to the race involves an agreement among Formula 1, the FIA, Malaysia and Bahrain, with Petronas not the organiser of the event.
Dijana oleh AI
PETALING JAYA: Para peminat sukan permotoran meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial berhubung barisan panjang untuk menaiki bas ulang-alik dan kesukaran mendapatkan air minuman di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sambil menggesa pengurusan orang ramai dan perkhidmatan pengangkutan diperbaiki menjelang Grand Prix Bahrain hujung minggu ini, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Mereka mengadu tentang kelengahan memasuki dan meninggalkan litar.Sementara itu, seorang pengguna media sosial mengatakan orang ramai terpaksa berjalan di lorong kecemasan lebuh raya sementara menunggu bas selepas sesi latihan hari ini.

Pengguna Instagram pompey1980 berkata para pemegang tiket menunggu selama berjam-jam untuk menaiki bas ulang-alik. "Saya pernah menghadiri Grand Prix di seluruh dunia dan tidak pernah mengalami keadaan huru-hara seperti ini. Dan ini baru Jumaat. Saya bimbang tentang keadaan pada Sabtu dan Ahad," tulis pengguna tersebut.

Seorang lagi pengguna, "timkatyvegas02", mengatakan ribuan orang masih menunggu bas pada pukul 8.20 malam pada Jumaat (2 Okt). "Orang ramai berjalan di lorong kecemasan lebuh raya," kata pengguna itu.

Di Threads, pengguna mhd.adli menyifatkan keadaan di Litar Sepang sebagai "huru-hara", sambil mengatakan bahawa kawalan orang ramai kurang memadai sehingga ramai yang saling bertolak-tolakan dan berlari untuk menaiki bas.

Di X, pengguna "rocky19" menyifatkan perjalanan dari litar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai "amat teruk", sambil mengkritik aturan pengangkutan dan pengurusan trafik.

Pengguna itu turut menyebut (tagged) Rapid KL, polis dan KLIA Ekspres dalam catatannya, sambil menggesa perancangan lebih baik menjelang Ahad.

Menurut FMT, aduan turut tertumpu pada barisan panjang di pintu masuk dan kesukaran mendapatkan air minum. Pengguna Instagram "sunnyboyh" berkata para pengunjung terpaksa beratur untuk "segala-galanya", daripada membeli sebotol air hingga memasuki litar dan menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik, meskipun cuaca panas.

"Orang ramai perlu beratur untuk segala-galanya dalam cuaca yang sangat panas," tulis pengguna tersebut, sambil berharap aturan akan bertambah baik pada hari berikutnya.

Menurut akaun F1 Speed di X, barisan untuk menaiki bas ulang-alik tidak teratur, kebanyakan stesen air tidak beroperasi dan beberapa penonton pengsan.

Di Reddit, pengguna Nicholsonstreet mengkritik barisan panjang untuk mendapatkan air dan makanan, ketiadaan stesen mengisi semula air secara percuma, papan tanda dan komunikasi yang kurang memadai serta aturan bas yang kucar-kacir.

Menurut pengguna itu lagi, perjalanan dari litar ke stesen kereta api KLIA mengambil masa tiga jam, berbanding anggaran 20 minit dalam keadaan biasa.

"Sangat mengecewakan. Saya berharap pihak penganjur dapat memperbaiki keadaan sepanjang baki hujung minggu ini selepas melihat keadaan yang tidak teratur dan huru-hara pada hari ini," kata pengguna tersebut, seperti yang dipetik FMT.

Seorang lagi pengguna Reddit, SergeantTiller, berkata "puluhan ribu" orang masih terkandas menunggu bas ulang-alik pada pukul 7.00 malam. "Tiada papan tanda. Tiada barisan. Keadaannya langsung tidak terkawal," kata SergeantTiller.

FMT telah menghubungi Prasarana dan SIC untuk mendapatkan komen mengenai perkhidmatan bas ulang-alik, pengurusan trafik dan kemudahan air minuman.

Pada Julai, Formula 1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah Grand Prix Bahrain Gulf Air dari 2 hingga 4 Oktober, menyusuli persetujuan antara Formula 1, FIA serta pemerintah Malaysia dan Bahrain.

Persetujuan tersebut mengekalkan Grand Prix Bahrain dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan tersebut dibatalkan pada awal musim ini akibat ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

SIC menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan tersebut dikeluarkan daripada kalendar disebabkan oleh peningkatan kos penganjuran dan yuran pelesenan.

Petronas sebelum ini memegang hak penajaan utama bagi perlumbaan tersebut. Pada Julai, Petronas menjelaskan bahawa meskipun kini ia memegang hak penamaan Litar Antarabangsa Petronas Sepang, syarikat tersebut bukan penganjur perlumbaan pada hujung minggu ini.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita