Skip to main content

Sukan

Grand Prix Bahrain: 261,000 penonton catat rekod kehadiran baharu di Litar Antarabangsa Sepang

261,000 penonton hadir menyaksikan perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Malaysia 2026, sekali gus mencatatkan rekod baharu kehadiran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Anggaran Waktu Membaca:
Grand Prix Bahrain: 261,000 penonton catat rekod kehadiran baharu di Litar Antarabangsa Sepang

Sebanyak 103,000 penonton hadir menyaksikan perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Malaysia 2026 pada 4 Oktober 2026. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Oct 2026 05:49PM
Bahrain Grand Prix: 261,000 spectators set a new attendance record at Sepang International Circuit
  • The 2026 Gulf Air Bahrain Malaysia GP at Sepang International Circuit set a new record, with 261,000 spectators attending over the course of the Oct 2 to 4 event.
  • SIC said on Oct 5 that the figure was confirmed by Sheikh Salman ISA Al Khalifa, including 103,000 spectators on Sunday.
  • The record surpassed attendance at the 2008 Malaysian GP, which drew 126,690 spectators, while SIC hosted the Malaysian GP from 1999 to 2017.
  • Malaysia became the host after F1, the FIA, and the governments of Malaysia and Bahrain agreed to retain the Bahrain GP following geopolitical tensions in the Middle East.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: 261,000 penonton hadir menyaksikan perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Malaysia 2026, sekali gus mencatatkan rekod baharu kehadiran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

SIC dalam satu kenyataan pada Isnin (5 Okt) memaklumkan jumlah penonton tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Bahrain Sheikh Salman Isa Al Khalifa.

Jumlah tersebut termasuk 103,000 penonton yang menyaksikan perlumbaan di litar ikonik Malaysia itu pada Ahad.

Sheikh Salman dalam kenyataan sama berkata platform F1 menyediakan peluang untuk mengetengahkan budaya dan layanan mesra Bahrain kepada peminat di seluruh rantau ini di lokasi ikonik Malaysia itu.

“Lebih 260,000 peminat hadir menyaksikan acara terbesar yang pernah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang dan kami berterima kasih kepada mereka kerana membawa semangat serta tenaga mereka,” kata beliau.

Jumlah tersebut mengatasi rekod sebelum ini, iaitu 126,690 penonton yang dicatatkan pada GP Malaysia 2008.

Pada Julai, Malaysia disahkan sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Oktober berikutan persetujuan yang dicapai antara F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta Kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Persetujuan tersebut mengekalkan GP Bahrain dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan berkenaan dibatalkan pada awal musim menyusuli ketegangan geopolitik di Timur Tengah

SIC menganjurkan GP Malaysia dari 1999 hingga 2017.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita