Golf: Trump akan beri Woods pingat tertinggi
Presiden Donald Trump yang merupakan seorang peminat golf dan pemilik beberapa resort golf mengumumkan pada Isnin (15 Apr) bahawa beliau akan menganugerahkan Tiger Woods kehormatan tertinggi setelah beliau merangkul kejuaraan Masters.
Tiger Woods akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden Trump. (Gambar: Warren Little/AFP)
WASHINGTON: Presiden Donald Trump yang merupakan seorang peminat golf dan pemilik beberapa resort golf mengumumkan pada Isnin (15 Apr) bahawa beliau akan menganugerahkan Tiger Woods kehormatan tertinggi setelah beliau merangkul kejuaraan Masters.
"Sudah bercakap dengan @TigerWoods untuk ucapkan tahniah atas kejuaraannya yang hebat semalam @TheMasters," kata Encik Trump dalam satu catatan Tweet.
"Oleh kerana Kejayaan dan Kebangkitannya yang Hebat dalam Sukan (Golf) dan yang lebih penting, KEHIDUPAN, saya akan menganugerahkannya PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN!" kata Encik Trump.
Tiger Woods bangkit kembali setelah lama tidak beraksi bagi menamatkan kemarau kejuaraan 'major' selama 11 tahun dengan kemenangan di Augusta, Georgia pada Ahad. Kemenangan beliau itu disambut dengan pujian daripada merata dunia.
Encik Trump ialah seorang peminat golf dan pemilik padang golf jenama Trump. Malah beliau sendiri sedang berjinak-jinak dengan sukan tersebut namun timbul beberapa aduan termasuk daripada pemain golf handal, bahawa beliau menipu semasa bertanding.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.