Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gol berganda Ikhsan Fandi tumpaskan Harimau Malaya dalam persahabatan Siri Tiga Negara FAS 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Gol berganda Ikhsan Fandi tumpaskan Harimau Malaya dalam persahabatan Siri Tiga Negara FAS 2022

Gambar: CNA/Matthew Mohan

Diterbitkan : 27 Mar 2022 05:46PM Dikemas Kini : 28 Mar 2022 04:13PM

SINGAPURA: Walaupun ia hanya satu aksi persahabatan, apabila Singapura depan dengan Malaysia, penonton pasti disajikan dengan satu perlawanan yang cukup mendebarkan.

Perlawanan Cabaran Causeway di Stadium Negara pada Sabtu (26 Mac), memaparkan pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan itu.

Ia berkesudahan dengan Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 hasil jaringan penyerang muda, Ikhsan Fandi yang menyumbang kedua-dua gol bagi skuad Singa di bawah kendalian jurulatih Nazri Nasir.

Aksi persahabatan itu adalah sebahagian daripada aksi persahabatan antarabangsa Siri Tiga Negara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) melibatkan pasukan Singapura, Malaysia dan juga Filipina.

Skuad Singa akan beraksi menentang pasukan Filipina pada Selasa (29 Mac) manakala Harimau Malaya berdepan kelab tempatan Albirex Niigata FC dalam aksi tertutup pada Isnin.

Pasukan Malaysia sebelum ini mangalahkan Filipina 2-0 pada Rabu lalu.

Skuad kendalian Kim Pan Gon bermula garang dan hampir membuka jaringan seawal 38 saat, namun percubaan Safiq Rahim tersasar sedikit di sebelah kiri gawang Singapura.

Safiq sekali lagi mendapat peluang untuk membuka jaringan, selepas menerima hantaran daripada Safawi Rasid pada minit ke-20, namun percubaan itu berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang Hassan Sunny.

Ikhsan berjaya menyumbat gol pertama pada minit ke-30 hasil hantaran silang pendek daripada pemain kelahiran Korea Selatan, Song Ui-young.

Malaysia mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan selepas rehat, selepas pengadil perlawanan Ahmad A'Qashah menghadiahkan sepakan penalti.

Namun, sepakan kaki kiri Safawi pada minit ke-47, terkena palang sebelum melambung keluar.

Pemain gantian Liridon Krasniqi kemudian menendang masuk bola untuk skuad Harimau Malaya, pada minit ke-57.

Singapura kembali di hadapan pada minit ke-76 hasil aksi menarik Ikhsan, yang berjaya menggelecek tiga pemain Malaysia.

Anda boleh ikuti siaran langsung dan video atas permintaan, perlawanan Siri Tiga Negara FAS 2022 secara percuma di mewatch.sg/channels/LIVE-5-98202 dan Mediacorp Entertainment on YouTube.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan