Gavin Lee dijangka akan dilantik ketua jurulatih pasukan Singa
Mediacorp difahamkan bahawa Gavin Lee dijangka akan dilantik sebagai ketua jurulatih sepenuh masa bagi pasukan Singa.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Mediacorp difahamkan bahawa Gavin Lee dijangka akan dilantik sebagai ketua jurulatih sepenuh masa bagi pasukan Singa.
Sumber yang mengetahui tentang perkara tersebut memberitahu Mediacorp bahawa ketua jurulatih sementara itu sudah ditawarkan peranan sepenuh masa dan dijangka menandatangani kontrak pada Khamis (27 Nov), dan pengumuman rasmi akan dibuat selepas itu.
Lee dijangka menerima sokongan padu daripada Sport Singapore dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam persiapannya untuk membimbing pasukan Singa ke Piala Asia 2027.
Langkah tersebut diambil menyusuli kejayaan bersejarah Lee dalam memimpin pasukan bola sepak lelaki Singapura untuk melayakkan diri bagi kejohanan tersebut berdasarkan merit buat julung-julung kalinya.
Penampilan tunggal Singapura sebelum ini ialah pada 1984, ketika mereka diberi kelayakan secara automatik selaku tuan rumah.
Dalam perlawanan penentu awal bulan ini, pasukan Singa bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk mengalahkan Hong Kong 2-1 sekali gus mengesahkan tempat mereka dalam kejohanan tersebut.
Pada usia 28 tahun, Lee menjadi ketua jurulatih termuda dalam sejarah Liga Perdana Singapura apabila beliau mengambil alih BG Tampines Rovers.
Beliau menyertai pasukan kebangsaan pada Mac 2024 sebagai sebahagian daripada kakitangan sokongan di bawah ketua jurulatih pasukan Singa ketika itu, Tsutomu Ogura. Lee kemudian menjadi pembantu kepada jurulatih dari Jepun itu.
Apabila Ogura melepaskan jawatan pada Jun atas sebab peribadi, Lee dilantik sebagai ketua jurulatih sementara. Dalam satu temu bual bersama Mediacorp sebelum ini, Lee menzahirkan penghargaan kepada Ogura atas sumbangannya yang membina asas yang kukuh.
“Ia memudahkan segala-galanya untuk saya. Beliau telah membentuk sebuah kumpulan kerja yang mantap, beliau menerapkan gaya permainan yang tidak begitu berbeza daripada gaya saya sendiri. Jadi ia hanya akan meneruskan usaha itu dan memastikan kami dapat melakukan lebih baik lagi.”
Namun sebelum dan selepas kemenangan tersebut, Lee kekal berahsia mengenai minatnya terhadap peranan sepenuh masa itu.
“FAS akan membuat keputusan yang terbaik untuk pasukan dan negara… Pasukan kebangsaan lebih besar daripada mana-mana individu,” kata beliau dalam sidang media selepas perlawanan bersejarah itu.
Mediacorp sudah menghubungi FAS untuk mendapatkan komen.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.