Skip to main content

Sukan

Garis masa: Bagaimana perenang SG Yip Pin Xiu raih kegemilangan Paralimpik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yip Pin Xiu, yang sudah dianggap sebagai atlet terkemuka Singapura, menambah satu lagi pingat emas dalam acara 50 meter kuak lentang S2 wanita pada Ahad (1 Sep).

Ia merupakan pingat emas keduanya di Sukan Paralimpik Paris, dan yang ketujuh secara keseluruhan sejak membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik 2008.

Dia juga mencatat rekod bersejarah dengan memenangni tiga pingat emas di Sukan Paralimpik, dalam acara 50m dan 100m kuak lentang S2, dengan digelar juara dalam edisi 2016, 2020 dan 2024.

PENGALAMAN MEMBESAR

Yip dilahirkan dengan penyakit Charcot-Marie-Tooth, yang menyebabkan tisu otot dan deria sentuhannya berkurangan.

Ketika dia kecil, Yip perlu memakai pendakap buku lali, yang menarik perhatian ramai di luar.

Di sekolah pula, beberapa rakan sekelas memulaukannya dan mencampak barang ke arahnya, manakala guru-gurunya tidak mengendahkan keadannya.

"Darjah 1 hingga Darjah 4 agak sukar kerana apabila kanak-kanak masih kecil, mereka tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan orang yang berbeza. Selagi seseorang itu berbeza daripada mereka, mereka akan melayan orang itu dengan berbeza," katanya dalam satu podcast tahun lalu.


Keadaan bertambah baik ketika Yip berada di Darjah 5 dan 6, kerana beberapa rakannya membuatnya rasa diterima.

Yip kemudian perlu menggunakan kerusi roda pada usia 12 tahun.

Sekalipun demikian, dia rasa lebih bebas di dalam air.

Pengalaman pertama Yip di kolam renang berlaku pada usia 6 tahun, bersama dua abangnya Alvin dan Augustus, ketika mereka menyertai kelas renang di kompleks renang Kallang.

PRESTASI MENGAGUMKAN

Pada 2004, dia dipilih oleh seorang sukarelawan dari Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC), dan mula berenang untuk bertanding.

Pertandingan pertamanya - kejohanan junior kebangsaan -berlangsung beberapa bulan kemudian. Dia merangkul pingat emas dalam semua acaranya.

Sambil mengimbangi latihan dan pelajaran di Sekolah Menengah Bendemeer, Yip menyertai pertandingan antarabangsa pertamanya pada 2005.

Di Sukan Kerusi Roda dan Amputasi Sedunia, Yip merangkul dua pingat emas dan satu pingat gangsa.

Prestasi hebatnya semakin menakjubkan selama beberapa tahun akan datang, di mana dia merangkul lebih banyak pingat emas dalam pertandingan antarabangsa.

Yip adalah para atlet pertama untuk diiktiraf di dalam Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura. Dia juga dinamakan sebagai Olahragawati Terbaik di Anugerah Sukan Orang Kurang Upaya Singapura sebanyak tiga kali.
(Gambar: Facebook/Team Singapore)
SEJARAH OLIMPIK

Yip membuat penampilan pertama di Sukan Paralimpik di Beijing pada 2008, pada usia 2008.

Dalam edisi tersebut, dia merangkul pingat emas dalam acara 50m kuak lentang S3 dan pingat perak dalam acara gaya bebas S3.

Ia merupakan pingat emas Singapura pertama di Sukan Paralimpik. Sebelum itu, satu-satunya atlet para untuk merangkul pingat adalah atlet penunggang kuda Laurentia Tan, yang merangkul dua pingat gangsa beberapa hari sebelumnya.

Dua tahun kemudian, Yip menang pingat kejuaraan dunia pertamanya.

Di Paralimpik 2012, Yip gagal memenangi sebarang pingat, selepas menduduki tempat keempat dalam peringkat akhir acara 50m dan 100m gaya bebas S3.

Sungguhpun demikian, kegagalan tersebut hanya sementara, kerana dia merangkul dua pingat emas di Rio 2016.

Bertanding di acara 100m kuak lentang S2, Yip mencatat masa rekod dunia 2:07.09, yang kekal sehingga hari ini. Masa perantaraannya iaitu 59.38 saat pada pusingan pertama acara tersebut juga kekal sebagai rekod dunia.

Beberapa hari kemudian, dia berjaya dalam acara 50m kuak lentang S2 dan menjadi atlet Singapura pertama untuk memenangi dua pingat emas dalam satu Sukan Paralimpik.

Di Sukan Paralimpik Tokyo tiga tahun lalu, Yip mengekalkan gelarannya dalam kedua-dua acara itu.

Di Paris tahun ini, Yip memenangi pingat emas tiga kali berturut-turut, sekali lagi mencatat namanya ke dalam buku sejarah Singapura.

Yip kekal sebagai satu-satunya atlet para Singapura untuk memenangi pingat emas di Paralimpik.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita