Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gaji Ronaldo mungkin dipotong 25% jika United gagal ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan

Anggaran Waktu Membaca:
Gaji Ronaldo mungkin dipotong 25% jika United gagal ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol menentang Atalanta. (Gambar: AFP)

MANCHESTER: Gaji Cristiano Ronaldo mungkin akan dipotong sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), lapor media antarabangsa.

Ketika ini, penyerang Portugal berusia 37 tahun itu menerima gaji £385,000 (S$701,783) seminggu.

Ronaldo kembali ke Old Trafford pada musim panas ini dengan nilai perpindahan menakjubkan £20 juta (S$36 juta) dari Juventus, tetapi penyerang Portugal dan United itu sedang bergelut untuk mencapai prestasi terbaik.

Red Devils kini menduduki tangga ketujuh Liga Perdana England (EPL), dua mata di belakang West Ham tetapi masih kurang satu perlawanan.

Ini bermakna gaji Ronaldo akan merosot kepada £288,000 (S$524,970) seminggu, yang akan menjadikannya gaji terendah yang diperolehnya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Sportsmail mendedahkan tahun lalu bahawa Ronaldo menerima gaji yang lebih rendah berbanding semasa dia menyarung jersi Juventus.

Namun begitu, Ronaldo masih merupakan bintang berpendapatan tertinggi dalam pasukan United, dengan penjaga gol, David de Gea di tempat kedua penerima gaji tertinggi dengan bayaran £375,000 (S$683,555) seminggu.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan