Futsal amal Akademi Undang-Undang SG berjaya kumpul S$180,000 bantu usaha pemulihan bekas pesalah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Akademi Undang-Undang SG (SAL)
SINGAPURA: Sebanyak S$180,000 berjaya dikumpulkan menerusi acara amal The CJ’s Cup anjuran Akademi Undang-Undang Singapura (SAL), yang diadakan pada pagi Sabtu (27 Apr).
Jumlah itu bahkan, menjangkaui dana yang dikumpulkan dalam edisi tahun lalu.
Dengan itu, lebih S$710,000 sudah terkumpul menerusi acara tahunan tersebut sejak ia pertama kali diadakan 11 tahun lalu.
Hasil kutipan daripada inisiatif tahun ini akan disalurkan untuk meringankan beban kewangan bekas pesalah yang menyertai latihan kejuruan dan kemahiran, yang ditawarkan di bawah Dermasiswa SAL-YRF Skills Training Assistance to Restart (STAR) dan khidmat pendamping kepada bekas pesalah dan keluarga mereka di bawah Program Jagaan Susulan Relawan SACA.
LEGENDA BOLA SEPAK FANDI AHMAD, K KANAN TURUN PADANG
Lebih 100 anggota masyarakat undang-undang berhimpun di acara itu bagi menyokong usaha pendidikan dan pemulihan para bekas pesalah dan keluarga mereka.
Dua bekas pemain bola sepak negara Fandi Ahmad dan K Kanan juga tidak terlepas peluang untuk turun padang dan menyokong inisiatif tersebut.
Kedua-dua legenda bola sepak itu memulakan acara tersebut dengan bermain menentang satu sama lain dalam satu perlawanan persahabatan antara pasukan wanita Persatuan Guaman Singapura dan pasukan lelaki SAL yang dipimpin oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong serta para wakil daripada Dana Reben Kuning (YRF) dan Persatuan Jagaan Susulan Singapura (SACA).
Sebanyak 23 pasukan, yang terdiri daripada para pemain daripada firma guaman tempatan dan antarabangsa, Perkhidmatan Guaman Singapura, para mahasiswa undang-undang dan penerima bantuan dari YRF dan SACA, yang turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Firma guaman WongPartnership LLP menjuarai kejohanan tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.