Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Freida Lim atlit terjun cantik wanita pertama S'pura bakal beraksi di Sukan Olimpik

Freida Lim mencipta sejarah sebagai atlit terjun cantik wanita pertama Singapura yang melayakkan diri untuk bertanding dalam Sukan Olimpik.

Anggaran Waktu Membaca:
Freida Lim atlit terjun cantik wanita pertama S'pura bakal beraksi di Sukan Olimpik

(Gambar: Freida Lim)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 06:43PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 06:53PM

SINGAPURA: Freida Lim mencipta sejarah sebagai atlit terjun cantik wanita pertama Singapura yang melayakkan diri untuk bertanding dalam Sukan Olimpik.

Kelayakan Lim diumumkan pada Selasa (22 Jun) oleh Persatuan Renang Singapura (SSA) dalam satu catatan Facebook.

Lim yang berusia 23 tahun, menduduki tempat ke-11 dalam kejohanan platform 10 meter wanita di Piala Dunia Terjun Cantik FINA di Tokyo pada bulan lalu. Melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, beliau menduduki tangga ke-15 dengan kutipan markah 272.35.

Menurut FINA, pentadbir antarabangsa sukan itu, sebanyak 68 tempat ditawarkan kepada atlit terjun cantik wanita di Sukan Olimpik - 32 dalam acara renang berirama dan 36 bagi dua acara perseorangan.

Sehingga 18 atlit daripada Piala Dunia Terjun Cantik FINA - 18 kedudukan tertinggi bagi setiap acara - akan mendapat tempat dalam Sukan Olimpik.

Lim sebelum ini sedang menantikan pengesahan dari FINA mengenai penyertaannya dalam Sukan Olimpik Tokyo.

Beliau akan menyertai rakan sepasukannya Jonathan Chan, yang sudahpun menempah tempat pada 2019. Beliau kini merupakan atlit terjun cantik kedua dalam sejarah Singapura untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Sukan Olimpik Tokyo yang sebelum ini dijadual berlangsung pada Julai tahun lalu, ditunda pada Mac 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa