Skip to main content

Sukan

Formula One: Lewis Hamilton juara dunia kali kelima

Lewis Hamilton muncul pelumba ketiga dalam sejarah perlumbaan Formula One (F1) meraih gelaran juara dunia lima kali, meskipun pesaingnya, Max Verstappen memenangi saingan Grand Prix (GP), Mexico, awal pagi Isnin (29 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Formula One: Lewis Hamilton juara dunia kali kelima

Lewis Hamilton. (Gambar: Rodrigo Arangua/AFP)

Diterbitkan : 29 Oct 2018 11:14AM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 11:19AM

MEXICO CITY: Lewis Hamilton muncul pelumba ketiga dalam sejarah perlumbaan Formula One (F1) meraih gelaran juara dunia lima kali, meskipun pesaingnya, Max Verstappen memenangi saingan Grand Prix (GP), Mexico, awal pagi Isnin (29 Okt). Pelumba Mercedes itu menduduki tempat keempat di kejohanan tersebut di belakang Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen.

Pelumba Britain berusia 33 tahun itu menyamai rekod pencapaian legenda Argentina, Juan Manuel Fangio dan kini, hanya juara tujuh kali, Michael Schumacher yang mengatasi rekod pencapaian kedua-dua pelumba berkenaan.

Hamilton sebelum ini dinobatkan selaku juara dunia pada edisi ke 2008, 2014, 2015 dan 2017.

Sumber : AFP/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita