Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Formula One bakal kembali ke S'pura dengan rekod 23 perlumbaan musim depan

Badan pentadbiran Formula One meluluskan kalendar dengan rekod 23 perlumbaan bagi 2022 pada Jumaat (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Formula One bakal kembali ke S'pura dengan rekod 23 perlumbaan musim depan

Gambar fail: SingaporeGP

Diterbitkan : 16 Oct 2021 11:24AM Dikemas Kini : 16 Oct 2021 11:30AM

LONDON: Badan pentadbiran Formula One meluluskan kalendar dengan rekod 23 perlumbaan bagi 2022 pada Jumaat (15 Okt).

Perlumbaan di Singapura, Australia, Kanada dan Jepun yang dibatalkan buat dua musim sebelum ini, disertakan dalam musim baru yang menandakan bermulanya era baru bagi sukan tersebut dengan perubahan peraturan besar.

Namun, Grand Prix di Shanghai, China akan dikecualikan buat tiga musim berturut-turut disebabkan pandemik COVID-19.

"Disebabkan keadaan pandemik, China tidak akan disertakan dalam kalendar 2022. China akan dimasukkan semula dalam kalendar tersebut sebaik sahaja keadaan mengizinkan," menurut Formula One dalam satu kenyataan.

Musim terbaru itu akan bermula di litar Sakhir di Bahrain pada 20 Mac dan melabuhkan tirai di Yas Marina di Abu Dhabi pada 20 November, iaitu perlumbaan akhir terawal dalam kejuaraan itu sejak 2010.

Formula One mahu mengelak daripada bertembung dengan Piala Dunia bola sepak yang bakal bermula di Qatar pada hujung November.

Grand Prix Miami pada 8 Mei merupakan perlumbaan baru bagi sukan itu pada 2022.Perlumbaan kedua di Amerika Syarikat pula akan berlangsung di litar di Austin Texas pada 23 Oktober.

Musim perlumbaan tahun ini sepatutnya terdiri daripada 23 perlumbaan tetapi akhirnya menyaksikan 22 saja dengan litar Istanbul Park di Turki dan Portimao di Portugal diperuntukkan untuk mengambil alih sekiranya terdapat sebarang pembatalan manakala Grand Prix di Arab Saudi dan Qatar pula membuat penampilan sulung.

Musim 2020 pula hanya mempunyai 17 perlumbaan.

Dalam pada itu, enam perlumbaan tahun depan dijangka akan dianjurkan di bawah format Sprint baru yang dicuba tahun ini di litar Silverstone dan Monza dengan yang ketiga akan dilakukan di Interlagos di Brazil bulan depan.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan