Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Formula 1: Alonso 'cergas' untuk ujian, kata CEO Alpine

Fernando Alonso cergas dan 'berfungsi sepenuhnya' selepas pembedahan rahang dan berada dalam keadaan baik untuk ujian pra-musim Formula 1 di Bahrain, kata bos pasukan Alpine pada Selasa (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Formula 1: Alonso 'cergas' untuk ujian, kata CEO Alpine

Gambar fail Fernando Alonso pada Okt 2020 sebelum Grand Prix Emilia Romagna di Itali (Gambar: Miguel MEDINA/AFP)

Diterbitkan : 03 Mar 2021 10:21AM Dikemas Kini : 03 Mar 2021 02:03PM

LONDON: Fernando Alonso cergas dan 'berfungsi sepenuhnya' selepas pembedahan rahang dan berada dalam keadaan baik untuk ujian pra-musim Formula 1 di Bahrain, kata bos pasukan Alpine pada Selasa (2 Mac).

Juara dunia dua kali itu mengalami keretakan pada rahangnya dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta semasa beliau berbasikal di jalan raya berhampiran rumahnya di Switzerland bulan lalu.

"Fernando dalam keadaan sangat baik," kata ketua eksekutif Alpine, Laurent Rossi kepada para wartawan semasa pelancaran online kereta A521 baru pasukan itu, tanpa kehadiran pemain Sepanyol tersebut.

"Beliau mengalami insiden buruk. Kemalangan basikal bukan sesuatu yang mudah, tetapi beliau bernasib baik, dan akhirnya beliau hanya cedera pada rahangnya ... yang lainnya baik-baik saja. Fernando cergas sepenuhnya. Beliau berfungsi sepenuhnya.

"Malah kami terkejut bahawa beliau pulih dengan sangat cepat. Beliau mengesahkan kepada kami hampir sejurus selepas insiden itu bahawa beliau akan ke Bahrain, yang disahkan oleh para doktornya," tambah Rossi.

"Nampaknya beliau betul kerana beliau sangat cergas, dan kami tidak sabar untuk melihatnya minggu depan di dalam kereta."

Satu-satunya ujian pramusim Formula 1 adalah di Bahrain dari 12-14 Mac. Musim perlumbaan bermula di sana pada 28 Mac.

Davide Brivio, pengarah kesukanan baru pasukan itu, berkata Alonso amat bertekad untuk kembali selepas dua tahun tidak beraksi dalam sukan itu dan pada usia 39 tahun.

"Saya boleh rasakan semasa berbual dengannya, anda dapat melihat betapa keras beliau bekerja, betapa kuat keinginannya untuk kembali," kata warga Itali itu.

Brivio, yang menyertai pasukan itu daripada juara MotoGP Suzuki, berkata pelumba Sepanyol itu bukan sekadar mahu kembali tetapi mahukan kejayaan.

"Beliau agak banyak menuntut tetapi itulah yang saya suka," tambahnya. "Kami memerlukan pemandu jenis ini yang bersungguh-sungguh mahu menggabungkan kesemuanya, untuk mencuba yang maksimum."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan