Filipina tundukkan Thailand 2-1 dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric
Pasukan Filipina menumpaskan juara bertahan Thailand 2-1 dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric di Stadium Memorial Rizal, Manila pada Jumaat malam (27 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pasukan Filipina menumpaskan juara bertahan Thailand 2-1 dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric di Stadium Memorial Rizal, Manila pada Jumaat malam (27 Dis).
Pasukan Filipina memberi kejutan kepada Thailand dengan gol pembukaan oleh Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.
Selepas beberapa siri serangan, pasukan Thailand akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada hujung separuh masa pertama, menerusi satu gerakan balas pantas yang disempurkan Suphanan Bureerat selepas menerima hantaran Patrik Gustavsson pada minit ke-45.
Di hujung tambahan masa separuh masa kedua, pemain pasukan Filipina Enrique Linares berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95 menerusi tandukan, selepas menyambut tandukan Paul Tabinas dalam kotak penalti, hasil sepakan percuma Zico Bailey.
Kejayaan pada Jumaat malam itu menyaksikan Filipina menumpaskan Thailand buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun di semua pertandingan, selepas kali terakhir merakam kemenangan 1-0 pada Jun 1972.
Ini bakal menjadi motivasi penting Filipina yang akan beraksi dalam perlawanan kedua separuh akhir yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Isnin depan (30 Dis).
Filipina belum pernah mara sehingga ke peringkat separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric.
Kali terakhir ia beraksi di pentas separuh akhir adalah pada edisi 2018 yang menyaksikan mereka kalah agregat 2-4 kepada Vietnam.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.