Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Filipina tangguh Sukan Para ASEAN kerana 'kekangan dana'

Sukan Para ASEAN ke-10 di Manila akan dijadualkan semula kepada Mac 2020, menurut presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina, Michael Barredo pada Jumaat (20 Dis), lapor media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina tangguh Sukan Para ASEAN kerana 'kekangan dana'

Para atlit berbasikal Team Singapore di Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur. (Gambar: SportSG)

Diterbitkan : 21 Dec 2019 11:18AM Dikemas Kini : 21 Dec 2019 01:50PM

SINGAPURA: Sukan Para ASEAN ke-10 di Manila akan dijadualkan semula kepada Mac 2020, menurut presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina, Michael Barredo pada Jumaat (20 Dis), lapor media tempatan.

Pertandingan sukan itu yang dijadualkan berlangsung pada 18 Januari hingga 25 Januari, merupakan acara kembar pertandingan Sukan SEA yang berakhir minggu lalu.

Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) menasihati PPC supaya menangguhkan acara Sukan itu kerana "kekangan dana dan pertimbangan logistik," lapor agensi berita Rappler.

Penjadualan semula kepada Mac akan memberi "masa yang mencukupi untuk menyelesaikan hal-hal kewangan dan logistik," tambahnya.

Di Sukan Para ASEAN di Malaysia pada 2017, Singapura mencatat rekod pungutan pingat bagi pertandingan itu di luar negara iaitu sembilan pingat emas, 17 perak dan 24 gangsa.

"Penangguhan temasya itu kurang sebulan sebelum ia bermula adalah malang dan mengecewakan," kata Encik Kevin Wong, Presiden Majlis Kebangsaan Paralimpik Singapura (SNPC).

"Perbincangan dan perancangan sudah diadakan menjelang temasya Sukan itu, dan tuan rumah boleh membincangkan isu-isu yang timbul lebih awal."

Menurut Encik Wong, penangguhan Sukan Paralimpik ASEAN ke Mac akan menjejas persiapan bagi Paralimpik di Tokyo 2020, sambil menambah beberapa atlit kini mungkin perlu menyertai pertandingan lain untuk layak bertanding dalam Sukan Paralimpik.

"Keputusan sudah dibuat dan kami perlu menghormatinya dan merancang bagi acara itu pada Mac," tambah Encik Wong.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan