Skip to main content

Sukan

FIFA terima 4.5 juta permohonan pra-jualan tiket Piala Dunia 2026

Anggaran Waktu Membaca:
FIFA terima 4.5 juta permohonan pra-jualan tiket Piala Dunia 2026

Piala FIFA. (Gambar: fifaworldcup/Instagram)

BERLIN: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerima sebanyak 4.5 juta permohonan tiket Piala Dunia 2026 dalam fasa pra-jualan khusus bagi pemegang kad kredit penaja mereka, kata badan induk bola sepak itu pada Jumaat (19 Sep), lapor agensi berita Jerman dpa.

FIFA menyatakan permohonan itu diterima daripada 216 negara dan wilayah sepanjang tempoh 10 hari permohonan, dengan tiga negara tuan rumah iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada mendahului senarai.

10 permohonan teratas adalah Jerman, England, Brazil, Argentina, Colombia, Sepanyol dan Itali.

Presiden FIFA Gianni Infantino menyifatkan permintaan itu sebagai “kenyataan kukuh” mengenai minat terhadap kejohanan yang diperluaskan kepada 48 pasukan dan 104 perlawanan, serta menamakan ia sebagai “acara terbesar, paling inklusif dan paling mengujakan yang pernah diadakan.”

Mereka yang berjaya dalam cabutan untuk membeli tiket berharga dari AS$60 (S$77) bagi perlawanan peringkat kumpulan akan dimaklumkan mulai 29 Sept dan diberikan slot masa untuk membuat pembelian bermula 1 Okt. 

Namun FIFA menegaskan slot masa itu tidak menjamin tiket akan tersedia.

Fasa jualan tiket seterusnya akan diadakan sebelum dan selepas undian peringkat kumpulan yang dijadual pada 5 Dis di Washington. 

FIFA turut mengumumkan pembukaan platform penjualan semula tiket yang selamat.
 

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita