Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FIFA sahkan AS, Mexico, Kanada layak ke Piala Dunia 2026 secara automatik

Anggaran Waktu Membaca:
FIFA sahkan AS, Mexico, Kanada layak ke Piala Dunia 2026 secara automatik

(Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

WASHINGTON: Pasukan lelaki negara dari Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada, layak menyertai Piala Dunia 2026 secara automatik.

Ketiga-tiga negara tersebut menang hak menjadi tuan rumah Piala Dunia dalam bidaan bersama sebagai Amerika Utara. FIFA memberi negara-negara tuan rumah hak untuk beraksi di Piala Dunia tanpa melalui perlawanan-perlawanan kelayakan menurut sejarah. Ini bagaimanapun merupakan kali pertama FIFA memperuntukkan bidaan menjadi tuan rumah daripada tiga negara.

Temasya sukan tersebut dijangka diperluaskan untuk menampung 48 pasukan pada 2026, berbanding 36 pasukan dalam edisi-edisi sebelum ini.

FIFA mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa (14 Feb) yang menyatakan,"Selain itu, Majlis FIFA mengesahkan bahawa, sejajar dengan tradisi yang panjang untuk kesemua tuan rumah bersaing dalam Piala Dunia FIFA, dan pertimbangan sukan serta operasi, tuan rumah Piala Dunia FIFA 2026, termasuk Kanada, Mexico dan AS, akan layak secara automatik ke pusingan terakhir pertandingan tersebut, dengan slot mereka ditolak daripada peruntukan keseluruhan enam yang diberikan kepada CONCACAF."

Kanada mengalu-alukan kenyataan itu untuk menampilkan pasukan lelaki negaranya, sementara AS dan Mexico sudah layak dalam kebanyakan edisi Piala Dunia. Pasukan negara tersebut bahkan membuat penampilan baru-baru ini semasa Piala Dunia 2022 di Qatar, setelah sekian lama menyepi selama 36 tahun.

Kanada bagaimanapun tewas dalam kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan bagi temasya sukan tersebut.

Majlis FIFA juga menentukan jadual bagi bidaan untuk mendapat hak menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2030, sambil menjelaskan bahawa ia akan memuktamadkan keputusannya tahun depan.

Mesyuarat tersebut adalah mesyuarat yang berasingan daripada mesyuarat FIFA untuk memilih tuan rumah bagi Piala Dunia Wanita 2027, yang akan diadakan dahulu pada awal tahun depan.
 
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan