FIFA isytihar Malaysia kalah 0-3 bagi 3 perlawanan kerana turunkan pemain tidak layak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: AFP)
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan Malaysia diisytiharkan kalah dengan jaringan 0-3 bagi tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 melibatkan skuad Harimau Malaya, selain turut dikenakan hukuman denda sebanyak CHF10,000 (S$16,200).
Tiga perlawanan tersebut ialah Malaysia lawan Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei yang berkesudahan seri 1-1 dan perlawanan menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September yang menyaksikan Malaysia menang 2-1.
Satu lagi perlawanan ialah pertemuan dengan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 8 September yang menyaksikan Malaysia menang 1-0.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya pada Rabu (17 Dis) mengesahkan menerima hukuman terbaharu itu daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang bersidang pada Jumaat (12 Dis).
“Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA Jorge Palacio itu, mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu FAM akan membuat permohonan bertulis, bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA, sebelum mempertimbangkan langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini, FAM mengesahkan sudah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman dikenakan FIFA membabitkan isu dokumentasi tujuh pemain warisan, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Keputusan untuk membawa kes itu ke CAS dibuat selepas FIFA mengeluarkan alasan penuh keputusan Jawatankuasa Rayuan setebal 64 muka surat pada 3 November, yang mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA.
Keputusan tersebut menyaksikan FAM didenda CHF350,000 (S$567,130), manakala tujuh pemain terbabit digantung selama 12 bulan dan masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (S$3,200) setiap seorang.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.