FIFA dituduh lakukan 'pengkhianatan besar' berikutan harga terkini tiket Piala Dunia
Anggaran Waktu Membaca:
BERLIN: Peminat bola sepak menuduh FIFA melakukan "pengkhianatan besar" selepas harga terkini untuk tiket Piala Dunia mula tersebar pada Khamis (11 Dis).
Badan pentadbir memperuntukkan 8 peratus tiket kepada persatuan kebangsaan untuk perlawanan yang melibatkan pasukan mereka untuk dijual kepada peminat yang paling setia.
Senarai yang diterbitkan oleh persekutuan bola sepak Jerman mendedahkan harga adalah antara AS$180 (S$232.46) hingga AS$700 (S$904.01) untuk pelbagai perlawanan peringkat kumpulan. Harga terendah untuk perlawanan akhir adalah AS$4,185 (S$5,404.70), dan yang tertinggi ialah AS$8,680 (S$11,209.74).
Harga peringkat kumpulan tersebut sangat berbeza daripada dakwaan FIFA bahawa tiket AS$60 (S$77.49) tersedia, manakala janji pegawai bola sepak Amerika Syarikat ketika membida kejohanan itu tujuh tahun lalu adalah untuk menawarkan ratusan ribu tempat duduk AS$21 (S$27.12) sepanjang fasa pembukaan perlawanan.
Kumpulan peminat Football Supporters Europe (FSE) menyifatkan harga semasa sebagai "melampaui batas".
"Ini satu pengkhianatan besar terhadap tradisi Piala Dunia, mengabaikan sumbangan para penyokong kepada popularitinya sekarang," katanya dalam satu kenyataan.
Persatuan Bola Sepak Inggeris berkongsi maklumat harga tersebut dengan Kelab Pelancongan Penyokong England (ESTC) pada petang Khamis (11 Dis), yang menunjukkan jika seseorang peminat beli tiket untuk setiap perlawanan sehingga perlawanan akhir, beliau akan menelan belanja lebih AS$7,000 (S$9040.12).
FIFA menyatakan pada bulan September bahawa tiket yang dikeluarkan melalui lamannya pada mulanya akan diletakkan pada harga antara AS$60 (S$77.49) untuk perlawanan peringkat kumpulan hingga AS$6,730 (8691.43) bagi perlawanan akhir. Namun harga tersebut tertakluk kepada perubahan kerana ia menerima pakai harga dinamik buat kali pertama kalinya dalam sejarah Piala Dunia.
Tiket FIFA dijual dalam empat kategori, dengan tempat duduk terbaik dalam Kategori 1.
Dalam senarai harga yang diterbitkan oleh persekutuan Jerman, hanya terdapat tiga kategori.
Tiket dengan harga terendah ialah AS$180 (S$232.46) untuk perlawanan pembukaan kumpulan Jerman menentang Curacao di Houston. Harga terendah untuk separuh akhir ialah AS$920 (S$1188.13) meningkat kepada AS$1,125 (S$1452.88).
FSE menyeru FIFA supaya segera menghentikan penjualan tiket melalui persatuan kebangsaan "sehingga huraian yang menghormati tradisi, universaliti dan kepentingan budaya Piala Dunia dapat dipersetujui".
The Associated Press sudah menghubungi FIFA untuk mendapatkan komen.
FASA TERKINI
FIFA melancarkan fasa ketiga penjualan tiket meluas pada Khamis, dengan para peminat kini boleh memohon perlawanan tertentu buat kali pertama melalui "Cabutan Pemilihan Rawak".
Berikutan cabutan minggu lalu untuk kejohanan 2026, yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, jadual yang terkini sudahpun diterbitkan.
Ini bermakna peminat boleh mengetahui bila dan di mana pemain seperti Lionel Messi dan Argentina akan bermain. Undian tiket sebelum ini secara rawak kerana tempoh kelayakan belum pun selesai dan cabutan masih belum dijalankan.
Kini negara-negara yang mengambil bahagian sudah dibahagikan dalam kumpulan, dengan laluan mereka menuju ke perlawanan akhir ditentukan. Contohnya, Messi dan Cristiano Ronaldo boleh bertemu di suku akhir di Kansas City jika Argentina dan Portugal mendahului kumpulan masing-masing.
Tidak semua peminat dijamin mendapat tiket ke perlawanan yang mereka mohon.
Cabutan akan dibuat pada Khamis jam 11.00 pagi ET (Jumaat, 12.00 tengah malam, waktu Singapura) dan ditutup pada 13 Januari 2026.
FIFA menyatakan permohonan tiket boleh dibuat pada bila-bila masa semasa tempoh ini dan masa penyertaan tidak akan menjejaskan peluang berjaya. Peminat boleh memohon melalui laman FIFA untuk maksimum empat tiket bagi setiap isi rumah untuk setiap perlawanan dan maksimum 40 tiket sepanjang tempoh perlawanan.
Para peminat perlu ada ID FIFA untuk memohon tiket dan boleh memilih perlawanan dan kategori harga yang mereka ingin mohon.
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel pada bulan Februari dan akan dikenakan bayaran secara automatik.
HARGA
Kali terakhir Amerika Syarikat menganjurkan Piala Dunia pada tahun 1994, harga adalah antara AS$25 (S$32.29) hingga AS$475 (S$613.44). Di Qatar pada tahun 2022, harga adalah antara sekitar AS$70 (S$90.40) hingga AS$1,600 (S$2066.31) apabila butiran tiket diumumkan.
Tiket untuk perlawanan akhir di Stadium MetLife pada 19 Julai sudah dijual pada harga melebihi AS$11,000 (S$14205.90) di tapak jualan semula sekunder.
Bagi Piala Dunia kali ini, FIFA juga menyediakan platform jualan semulanya sendiri di mana ia mengambil bayaran upah 15 peratus.

Sumber : AP/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.