Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FIFA benarkan hingga 26 pemain untuk skuad Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
FIFA benarkan hingga 26 pemain untuk skuad Piala Dunia

Presiden FIFA Gianni Infantino. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Jun 2022 08:33AM Dikemas Kini : 24 Jun 2022 09:08AM
PARIS: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan membenarkan negara bertanding memilih hingga 26 pemain bagi Piala Dunia 2022 di Qatar, bertambah tiga orang lagi untuk kejohanan yang bermula 21 November hingga 18 Disember itu.

"Jumlah pemain yang boleh dimasukkan ke dalam senarai akhir ditambah kepada sekurang-kurangnya 23 dan maksimum 26," kata FIFA dalam satu kenyataan.

Badan induk bola sepak dunia itu menyatakan, keputusan untuk menambah skuad dibuat "berdasarkan keperluan untuk mengekalkan kemampuan berikutan tempoh unik" bagi kejohanan tahun ini yang mengganggu musim kelab Eropah.

FIFA juga mengambil kira "konteks lebih luas kesan akibat pandemik COVID-19 terhadap skuad sebelum dan ketika kejohanan."

UEFA melakukan perubahan sama bagi kejohanan Euro 2020 tahun lalu selepas mengambil kira permintaan jurulatih yang bimbang mereka akan kehilangan pemain kerana koronavirus.

Pasukan kebangsaan perlu menamakan 23 pemain dalam skuad Piala Dunia dan Kejohanan Eropah sejak Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Sebelum itu, hanya 22 pemain dibenarkan dalam setiap skuad untuk kejohanan antarabangsa.

Minggu lalu badan peraturan bola sepak IFAB meluluskan pertukaran lima pemain gantian diteruskan untuk semua perlawanan peringkat teratas dan pasukan kini boleh menamakan 15 pemain gantian, bukannya 12.

"Tidak lebih daripada 26 orang (sehingga 15 pemain gantian dan 11 pegawai pasukan - salah seorang daripada pegawai ini mestilah doktor pasukan) akan dibenarkan duduk di bangku simpanan pasukan" semasa perlawanan Piala Dunia, kata FIFA pada Khamis.
Sumber : AFP/SU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa