Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FIFA bantu pindahkan 100 pemain bola sepak Afghanistan ke Qatar

Pentadbir bola sepak antarabangsa, FIFA, menyatakan ia sudah membantu memudahkan pemindahan 100 pemain dan jurulatih dari Afghanistan ke ibu kota Qatar, Doha.

Anggaran Waktu Membaca:
FIFA bantu pindahkan 100 pemain bola sepak Afghanistan ke Qatar

Gambar fail logo FIFA (Gambar: REUTERS/Arnd Wiegmann)

Diterbitkan : 16 Oct 2021 11:08PM Dikemas Kini : 16 Oct 2021 11:09PM

DOHA: Pentadbir bola sepak antarabangsa, FIFA, menyatakan ia sudah membantu memudahkan pemindahan 100 pemain dan jurulatih dari Afghanistan ke ibu kota Qatar, Doha.

FIFA memuji peranan Qatar dalam menyelaraskan proses pemindahan dan berikrar akan terus memindahkan atlit dan olahragawan lain.

“FIFA boleh mengesahkan, menyusuli rundingan-rundingan sulit, bahawa ia sudahpun, dengan sokongan Qatar, memindahkan hampir 100 anggota keluarga bola sepak Afghanistan, termasuk pemain wanita," agensi berita Anadolu memetika kenyataan FIFA.

Badan tersebut menyatakan ia "sudah bekerjasama dengan pemerintah Qatar sejak Ogos berhubung pemindahan kumpulan itu dan akan terus bekerja rapat berhubung pemindahan selamat lebih ramai anggota keluarga sukan pada masa kelak."

Sementara itu, Timbalan Menteri Ehwal Luar Qatar Lolwah Alkhater berkata keluarga para pemain turut dipindahkan.

Kumpulan Taliban merampas semula kuasa ke atas Kabul pada 15 Ogos selepas pemerintah lalu, yang disokong oleh Barat, runtuh dan para pegawainya meninggalkan negara yang dilanda peperangan itu.

Pengambilalihan kuasa sebelum pengunduran sepenuhnya oleh Amerika Syarikat menjelang 31 Ogos mengejutkan seluruh negara, menggesa ribuan rakyat Afghanistan untuk meninggalkan negara tersebut meskipun terdapat penerbangan AS yang terhad.

Qatar dijangka akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, menjadi negara Timur Tengah pertama untuk menghoskan pertandingan tersebut yang dijadual berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember tahun depan.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan